Jangan perlekeh usaha bawa rakyat Palestin ke Malaysia – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kenyataan pembangkang yang memperlekeh tindakan kerajaan membawa rakyat Palestin untuk mendapatkan rawatan di negara ini.

Menurut beliau, perkara itu tidak wajar dipersoalkan kerana bantuan ini berkait dengan nyawa dan keselamatan manusia sekaligus membuktikan empati.

Malah tegasnya, usaha membawa pulang 40 rakyat Palestin yang cedera itu adalah usaha kecil kerajaan jika dibandingkan dengan jumlah 40,000 mangsa yang terkorban kerana kekejaman rejim zionis.

“Ada orang kata Anwar tak payah jadi Perdana Menteri Malaysia, pergi jadi Perdana Menteri Palestin kalau nak tolong sangat.

“Ini bantuan kecil dilaksanakan jadi kalau tanya saya syukur kepada Allah SWT kerana ada juga perasaan ihsan timbang rasa untuk meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perasmian Penutup Program Madani Rakyat Zon Selatan 2024 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Tambah Anwar, usaha membawa rakyat Palestin itu merupakan satu tindakan berisiko tinggi dan memerlukan pasukan yang mempunyai pengetahuan terhadap risiko yang bakal dihadapi.

“Jadi kita guna pesawat TUDM kerana ambil mereka di sempanan Mesir yang sedang bergolak, kalau guna pesawat komersial kemungkinan berisiko ditembak peluru berpandu Israel.

“Mereka (pasukan TUDM) yang ada dalam pesawat itu tahu terhadap risiko berkenaan,” katanya.

Semalam, dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang, Selangor membawa 41 pesakit dan 86 waris berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan