Jangan buat aktiviti air di pantai, kata APM Pahang

KUANTAN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang menasihati orang ramai yang mengunjungi pantai di daerah ini, Pekan dan Rompin tidak melakukan aktiviti air.

Pengarahnya, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata langkah keselamatan itu perlu diambil untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Katanya, musim Monsun Timur Laut (MTL) masih belum berakhir dan keadaan cuaca tidak menentu akan berterusan sehingga Mac 2025.

“Keadaan laut masih bergelora, angin kencang dan kita bimbang kejadian tidak diingini boleh berlaku.

“Jadi, kita cuma nasihatkan kerana kita jangka ibu bapa akan membawa anak mereka ke pantai sempena cuti sekolah dan Krismas untuk beriadah.

“Atas sebab itu, kita menasihati semua untuk tidak berada di tepi pantai termasuk melakukan aktiviti air,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di pantai Teluk Cempedak, hari ini mendapati bendera merah dikibarkan sebagai makluman kepada pengunjung supaya tidak melakukan aktiviti air terutama mandi.

Related Posts

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

TANJUNG MALIM – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turun padang meninjau keadaan mangsa banjir di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Muallim pada Isnin. Beliau berkata, lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

KOTA KINABALU – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa korban banjir dan tanah runtuh yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

Menjawab kritikan Zaid Ibrahim, Malaysia konsisten perjuang hak rakyat Palestin

Menjawab kritikan Zaid Ibrahim, Malaysia konsisten perjuang hak rakyat Palestin

TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

Hajiji ingatkan wakil rakyat, JPBD pantau rapat situasi banjir dan tanah runtuh

Hajiji ingatkan wakil rakyat, JPBD pantau rapat situasi banjir dan tanah runtuh

Banjir, tanah runtuh di Sabah: 1,707 penduduk terjejas, 16 PPS dibuka

Banjir, tanah runtuh di Sabah: 1,707 penduduk terjejas, 16 PPS dibuka

Usaha pulih tiang menara di Sarapung diteruskan walaupun hujan lebat

Usaha pulih tiang menara di Sarapung diteruskan walaupun hujan lebat