Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

SARIKEI – Jambatan Batang Rajang yang menghubungkan dari Sarikei ke Tanjung Manis secara rasmi dibuka pada Khamis menawarkan kemudahan baharu yang akan memendekkan perjalanan penduduk kawasan sekitar. 

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, pembukaan jambatan ini, perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis serta Pulau Bruit kini tidak lagi perlu melalui Sibu, menjimatkan masa dan jarak yang lebih pendek.

“Pembukaan jambatan ini disambut baik oleh penduduk Sarikei dan Tanjung Manis, yang kini menikmati akses yang lebih cepat dan efisien antara kedua-dua kawasan tersebut terutama menjelang sambutan Aidilfitri.

Selain itu, Jambatan Batang Rajang ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memperbaiki infrastruktur pengangkutan di Sarawak dan memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi kawasan sekitar. 

“Dengan adanya jambatan ini, potensi perkembangan perniagaan dan sektor pelancongan juga dijangka akan meningkat.

Upacara prapelancaran jambatan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Turut hadir Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori