Jambatan baharu ke SK Tulai dilulus bawah RTP 2026

MERADONG – Akses perhubungan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tulai serta Rumah Panjang Tr Sandom di Sungai Tulai bakal dipertingkatkan menerusi pembinaan sebuah jambatan baharu jenis I-Beam yang diluluskan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Tahun 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata projek berkenaan melibatkan pembinaan jambatan sepanjang 12 meter dengan kelebaran empat meter serta menelan kos keseluruhan sebanyak RM140,000.

“Pembinaan jambatan ini amat penting bagi memastikan pergerakan murid, guru dan penduduk setempat lebih selamat khususnya ketika musim hujan apabila paras air sungai meningkat,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan pada Rabu.

Menurut beliau, infrastruktur asas seperti jambatan merupakan keperluan utama masyarakat luar bandar kerana ia bukan sahaja memudahkan urusan pendidikan malah turut memberi kesan langsung terhadap keselamatan dan kelancaran mobiliti harian penduduk.

Beliau turut menegaskan Kerajaan Sarawak akan terus komited melaksanakan projek pembangunan luar bandar secara berperingkat bagi memastikan rakyat menikmati kemudahan yang lebih selesa, berkualiti dan seimbang dengan kawasan bandar.

Turut hadir Guru Besar SK Tulai Stanley Nyalin, Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sarikei Faliana Mia Tibong serta Tuai Rumah Sandom Agan yang mewakili komuniti Rumah Panjang Tr Sandom.

Foto: FB ADUN N.46 Meradong

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi