Jamawi anggap isyarat PM tanda sokongan, fokus pembangunan dan pengundi muda Melalap

TENOM – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar memberitahu bahawa kunjungan Perdana Menteri ke pekan Melalap menjadi bukti jelas bahawa Kerajaan Persekutuan memberi perhatian besar terhadap kawasan ini, suatu penghormatan yang tidak pernah berlaku dalam kawasan Melalap.

“Bagi pihak pengundi di kawasan Melalap, kita menghargai kunjungan satu-satunya Perdana Menteri dalam sejarah Malaysia sampai ke pekan Melalap.

“Dan saya menyuarakan isi hati rakyat di kawasan Melalap berkenaan beberapa perkara berdasarkan signal daripada YAB Perdana Menteri serta keempat-empat perkara itu beliau persetujui,” katanya kepada media selepas Program Ramah Mesra YAB PMX Sayang Sabah Bersama Pimpinan Masyarakat DUN Melalap, di Padang Bandaran, di sini pada Ahad.

Justeru, beliau menambah bahawa kemenangan di Melalap kelak akan membuka ruang lebih baik untuk memastikan kesinambungan pembangunan, kemudahan, perumahan dan kelangsungan ekonomi tempatan.

“Mudah-mudahanlah kita beroleh kemenangan. Perkara ini akan disusul dengan cara yang lebih baik.

“Bukan untuk kemegahan sesiapa, tetapi untuk kesinambungan pekan Melalap iaitu pembangunannya, kedainya dan juga perumahan di kawasan ini,” katanya.

Ditanya mengenai keistimewaan kempen kali ini, Jamawi menyatakan bahawa keakrabannya dengan masyarakat luar bandar Melalap dan melalui media sosial.

“Saya bersyukur sebab kebanyakan masyarakat di luar bandar di Melalap ini mengenali saya. Saya sudah masuk banyak kampung dan mereka mengenali bukan sahaja ‘in person’ saya, tetapi juga melalui media sosial,” katanya.

Katanya lagi, beliau turut berkongsi program pertanian secara dalam talian anjurannya telah membantu ramai penduduk menambah pendapatan.

“Kebanyakan mereka mengusahakan tanaman pertanian dan hanya dengan melalui kursus-kursus yang saya buat secara online memungkinkan mereka untuk mencapai kemajuan menambahkan pendapatan.

“Janganlah kita terlalu memberikan ikan. Kita beri pancing, mereka akan terus dapat ikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui kebiasaan pengundi muda yang jarang hadir ke ceramah, Jamawi berkata, beliau memperuntukkan satu jam setiap malam dari pukul 8 hingga 9 malam, untuk siaran langsung di Facebook dan TikTok.

“Selain itu, pendekatan bersua muka dengan kumpulan kecil akan diteruskan. Saya mempunyai perancangan misi untuk anak muda Melalap.

“Berilah peluang saya untuk melaksanakan misi tersebut dengan memilih saya sebagai wakil rakyat di Melalap ini,” ujarnya.

Beliau turut mengakui peranan besar penyokong muda dalam mencipta pelbagai versi lagu yang kini menjadi fenomena kecil dalam kempen.

“Saya berterima kasih banyak follower saya membuat lagu-lagu yang bukan sahaja diminati, tetapi pelbagai versi.

“Ini juga untuk berdekatan kepada anak muda bahawa pemimpin yang mereka pilih mempunyai jiwa anak muda,” katanya.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000