Jadikan keperibadian Rasulullah SAW contoh terbaik perpaduan – Hajiji

TAWAU – Masyarakat Islam di negeri ini diseru agar sentiasa menjadikan peribadi dan keterampilan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian khususnya dalam memupuk perpaduan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, melalui melalui keperibadian, Rasullulah berjaya menyatukan kaum muhajirin dan ansar selepas berlakunya peristiwa Hijrah pada 622 Masihi di Madinah.

“Penyatuan ini bukan sahaja membina hubungan baik antara manusia dengan Allah SWT tetapi juga perubahan dan era baharu konsep persaudaraan dengan membangunkan model komuniti bertunjangkan Islam dalam menyatupadukan penduduk Madinah yang berbilang kaum dan agama.

“Justeru, konsep perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama yang diperkenalkan oleh Rasullulah SAW amat penting diteruskan, ke arah memastikan lebih banyak kejayaan dan pembangunan dapat dinikmati di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan pada Majlis Sabah Berselawat 2025 di Dewan Masyarakat Tawau, pada Khamis.

Jelas Hajiji, Kerajaan Sabah sedia bekerjasama dengan RTM untuk melaksanakan pelbagai program keagamaan termasuk Sabah Berselawat pada masa akan datang.

“Pujian harus diberikan kepada penganjur iaitu Stesen Radio SABAHfm, kerana berjaya mendekatkan golongan belia dengan program-program keagamaan yang turut menampilkan penceramah terkenal dan artis tanah air.

“Kerajaan Sabah akan terus menyokong usaha murni ini dan memberikan komitmen padu dari segi sokongan kewangan dan kerjasama lain untuk memastikan program yang sangat bermanfaat ini dilaksanakan lagi pada tahun hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Nizam ketika ditemui media berpendirian bahawa dengan program-program serta agenda-agenda pembangun yang telah disesuaikan oleh kerajaan hari ini, masyarakat Sabah yang berbilang kaum dan Agama terus mendapat kesejahteraan.

“Insya-Allah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji, semua agama termasuklah agama rasmi kita, agama Islam akan terus terpelihara, begitu juga dengan agama-agama lain yang ada di negeri Sabah ini akan terus dijaga keharmoniannya,” ujarnya.

Sabah Berselawat berjaya menghimpunkan lebih 5,000 umat Islam tanpa mengira umur dalam mengukuhkan kecintaan pada Rasulullah SAW.

Related Posts

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

KUANTAN – Seorang remaja sedang melakukan aksi ‘wheelie’ antara 65 ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka