Jabatan Mufti Perak nasihat Muhaimin henti aktiviti mengajar di masjid, surau

BIDOR – Pengurus Kempen Calon Perikatan Nasional (PN), Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Mohd Misbahul Munir Masduki menyatakan bahawa Jabatan Mufti Negeri Perak menasihatkan calon PN, Abd Muhaimin Malek, supaya memberhentikan segala aktiviti mengajar di masjid dan surau melibatkan seluruh Perak.

Menurutnya, ia berikutan Dipertua Pas Tapah itu sekarang merupakan seorang calon pilihan raya.

“Susulan beliau (Abd Muhaimin) adalah calon pilihan raya, maka Jabatan Mufti beri nasihat untuk calon tidak lagi mengajar di masjid mahupun di surau lagi,” katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga memaklumkan bahawa Jabatan Mufti akan membuat satu kenyataan berhubung tidak memberi kebenaran calon dari mengajar diasjid dan surau apabila menjadi calon pilihan raya.

Bahkan, jelas Mohd Misbahul, beliau juga sebelum ini pernah menjadi pemegang tauliah turut berhenti mengajar ketika tercalon pada pilihan raya.

“Saya sendiri pemegang tauliah dan menghormati keputusan tidak mengajar kerana saya Ahli Parlimen.

“Saya tidak mengajar, tak baca khutbah, malah jadi imam pun tak boleh sepanjang kampen pilihan raya,” katanya lagi.

Berdasarkan Peraturan-peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak melarang individu berjawatan politik mengajar atau bersyarah di masjid dan surau di Perak, walaupun mempunyai tauliah.

Individu dilarang berbuat demikian ialah ahli yang memegang jawatan dalam parti politik; anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara; Ahli Dewan Undangan Negeri; bekas ahli politik yang aktif dalam kegiatan politik serta calon pernah bertanding dalam pilihan raya.

Pelaku akan berdepan hukuman denda maksimum RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 108 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

Manakala Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992 pula memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan bersalah kerana mengajar pengajian Islam tanpa tauliah.

Pengetua MTQ Addin Air Kuning itu, sebelum ini turut menjawat jawatan sebagai Guru Tauliah Negeri Perak dan Guru Takmir Negeri Perak.

Bagaimanapun, mengulas lanjut, Mohd Misbahul mengakui tidak maklum sama ada terdapat peruntukan mewajibkan pemegang tauliah melepaskan kelayakannya jika memegang jawatan politik atau menjadi calon pada mana-mana pilihan raya.

“Peraturan mengenai pentauliahan sudah diperbaharui, memerlukan pemegangnya memperbaharui kelayakan bagi satu tempoh ditetapkan,” katanya lagi.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi dikenali sebagai Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC