Isu penyatuan Melayu tidak wajar terus ditunggangi – Pemerhati politik

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen, mempersoalkan sehingga bila isu penyatuan Melayu dan Islam akan terus dijadikan modal politik oleh pihak tertentu tanpa disertai langkah yang benar-benar ikhlas dan menyeluruh.

Raggie berkata usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) yang sering dilaungkan tidak mencerminkan penyatuan umat Islam dan orang Melayu dalam erti kata sebenar, sebaliknya lebih menjurus kepada penyatuan parti-parti politik yang didorong kepentingan ideologi.

Beliau berkata, jika benar penyatuan Melayu dan Islam menjadi keutamaan, semua parti politik Melayu Islam seharusnya dibawa duduk semeja dalam kerajaan perpaduan sedia ada bagi membentuk blok kepimpinan Melayu Islam yang kukuh dan dominan di Parlimen.

“Sekiranya Perikatan Nasional dan Bersatu menyertai kerajaan perpaduan, jumlah Ahli Parlimen Melayu Islam akan membentuk majoriti selesa. Ini merupakan penyatuan kepimpinan Melayu Islam paling besar dan menyeluruh dalam sejarah negara,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook.

Dalam pada itu, Raggie menegaskan bahawa penolakan terhadap penyertaan dalam kerajaan atas alasan perbezaan ideologi atau kewujudan parti tertentu hanyalah pengulangan retorik lama yang akhirnya melemahkan usaha penyatuan itu sendiri.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas peranan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, dengan menyifatkan pendekatan politik tokoh berkenaan gagal membawa aura dan identiti UMNO secara keseluruhan.

“Pendekatan politik Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh lebih menonjolkan individu berbanding parti. Aura yang dibawa adalah aura peribadi, bukan aura UMNO. Justeru, beliau tidak memberi kelebihan strategik kepada UMNO dari sudut penambahan sokongan pengundi,” katanya.

Beliau berkata sokongan pengundi Melayu kepada UMNO ketika ini sudah hampir mencapai tahap maksimum, manakala penyokong tegar Pas pula tidak mudah beralih sokongan walaupun berhadapan dengan tokoh yang dilihat lebih lantang atau radikal.

Tambahnya, pendekatan keras yang dibawa Dr Akmal dalam memainkan isu-isu tertentu, seperti isu KK Mart, tidak memberi kesan signifikan terhadap keputusan pilihan raya kecil yang lalu.

Sehubungan itu, Raggie berpandangan Dr Akmal merupakan satu liabiliti politik yang boleh digugurkan tanpa membawa risiko besar kepada UMNO, malah kehadirannya tidak memberi nilai tambah kepada parti tersebut.

“Sekiranya beliau meninggalkan UMNO dan menyertai Pas, ia tidak akan mengubah landskap sokongan Melayu secara ketara. Pengundi UMNO tidak melihat beliau sebagai wakil UMNO, sebaliknya sebagai individu yang membawa agenda sendiri,” katanya.

Mengulas tindakan UMNO membenarkan konvensyen melibatkan sayap pemuda diadakan, beliau berpandangan langkah itu mungkin bertujuan mengumpul maklumat dan sentimen akar umbi bagi membolehkan kepimpinan tertinggi merangka strategi yang lebih berkesan.

Raggie turut menegaskan bahawa pengundi Melayu, khususnya golongan muda berusia bawah 40 tahun, semakin kebal terhadap retorik penyatuan yang tidak disusuli tindakan konkrit.

“Mereka sudah letih dengan laungan penyatuan Melayu dan Islam yang ditunggang setiap kali hampir pilihan raya. Penyatuan yang tidak jujur dan bersifat kosmetik tidak lagi meyakinkan pengundi,” katanya.

Katanya, selagi konsep penyatuan Melayu dan Islam terus diputar belit mengikut kepentingan ideologi politik sempit, selagi itulah perpecahan akan berterusan dan sukar dipulihkan.

Related Posts

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MEMALUKAN! Demikian perkembangan terkini yang mengaitkan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dengan pertikaian undang-undang berhubung kenyataan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bukan sekadar isu individu. Ia membuka persoalan lebih besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun