Isu pendidikan, pekerjaan antara harapan belia menjelang Belanjawan 2025

SABAN tahun, menjelang pembentangan belanjawan negara, belia antara golongan rakyat yang menantikan khabar baik apa yang diperuntukkan dan disediakan oleh pihak kerajaan buat mereka.

Sehubungan itu, suara belia yang diwakili oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) meletakkan lapan teras utama sebagai harapan kepada kerajaan pada Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 18 Oktober ini.

Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, lapan teras tersebut meliputi aspek dari segi pendidikan; pembangunan belia; perumahan; kesihatan; pekerjaan; sukan dan alam sekitar.

Namun, antara harapan yang mahu ditekankan berkaitan dengan isu pendidikan dan pekerjaan buat golongan belia yang diharapkan mendapat maklum balas positif pada Belanjawan 2025 ini.

Berkaitan isu pendidikan, MBM memberi harapan kepada kerajaan agar menambah peruntukan untuk Tabung Pembangunan Kemahiran; penambahan kelas prasekolah dan pusat jagaan kanak-kanak milik kerajaan; pelepasan cukai bagi pendidikan dan penjagaan kanak-kanak; mengembalikan program peranti percuma kepada pelajar dan mahasiswa B40 dan M40 dan penambahan kelas bagi Kolej Vokasional.

“Kerajaan telah mengumumkan peruntukan besar untuk pembangunan TVET dalam negara.

“Oleh hal yang demikian, tabung pinjaman untuk kemahiran melalui Tabung Pembangunan Kemahiran juga perlu selaras dengan peruntukan besar untuk TVET,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Belanjawan 2024, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan RM6.8 bilion bagi memperkasakan bidang TVET, antaranya RM100 juta bagi menyediakan pensijilan profesional diiktiraf industri.

Sementara itu, RM1.6 bilion untuk menyediakan 1.7 juta tawaran latihan menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Mohd Izzat Afifi berkata, seiring dengan pemerkasaan TVET, MBM berharap kerajaan dapat menambah kelas di Kolej Vokasional bagi menampung keperluan TVET di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau turut mengharapkan agar kerajaan menambah kelas prasekolah dan pusat jagaan kanak-kanak milik kerajaan selain mengembalikan program peranti percuma kepada pelajar dan mahasiswa B40 dan M40.

“Ini kerana prasekolah swasta mendahului prasekolah milik kerajaan (2023) dan kos yang perlu ditanggung ibu bapa muda pastinya membebankan.

“Sehubungan itu, sebagai orang muda, MBM juga mengharapkan agar pelepasan cukai bagi pendidikan dan penjagaan kanak-kanak dinaikan dari RM3,000 kepada RM5,000,” tambahnya.

Berkaitan isu pekerjaan pula, MBM mengharapkan supaya ditubuhkan segera Suruhanjaya Pekerja Gig yang telah diumumkan sebelum ini.

“Ini termasuklah mewujudkan segera akta khusus bagi melindungi pekerja didalam ekonomi gig,” jelas Mohd Izzat Afifi lagi.

Suruhanjaya Pekerja Gig yang diumumkan kerajaan sebelum ini bertujuan bagi memastikan pekerja sektor itu mendapat perlindungan dan menikmati manfaat seperti pekerja formal di bawah definisi undang-undang buruh di Malaysia.

Tambah beliau, MBM sentiasa berharap agar setiap perancangan pihak kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan negara berlaku secara efisien dan inklusif.

“Kita akan terus mendokong segala inisiatif yang memberi kebaikan kepada warga belia dan menjadikan pembangunan belia dan orang muda sebagai tunjang utama pembangunan negara,” ujarnya.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA