Isu makanan lewat di PPS tak perlu jadi bahan politik

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan semua pihak tidak mempolitikkan kelewatan agihan makanan kepada mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) negeri itu.

Titah baginda, kelewatan penghantaran makanan pada hari pertama banjir bukan disengajakan.

Menurut baginda, kelewatan itu berpunca daripada beberapa faktor termasuk banjir mengejut menyebabkan wujud sedikit kekangan menyediakan makanan kepada mangsa.

“Alhamdulillah, saya berharap kelewatan seperti ini tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Sebarang isu kemungkinan timbul perlu dijangka lebih awal dan semua pihak khususnya agensi kerajaan, pembekal makanan perlu bersiap siaga sepanjang musim tengkujuh,” titah baginda, lapor Berita Harian.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berangkat melawat PPS Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang, di sini, hari ini.

Baginda diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, meluangkan masa menyantuni mangsa banjir di PPS terbabit dan turut mengurniakan sumbangan kepada mereka.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kelewatan penyediaan makanan kepada mangsa banjir di beberapa PPS.

Al-Sultan Abdullah turut menasihatkan mangsa dipindahkan ke PPS sentiasa menjaga kebersihan lokasi mereka ditempatkan sementara ketika banjir.

“Jangan mengharapkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk mengurus kebersihan tandas.

“Kita perlu menjadikan kebersihan sebagai amalan bersama bagi mengelak penularan penyakit,” titah baginda.

Setakat jam 6 petang tadi, seramai 6,468 mangsa membabitkan 2,199 keluarga dipindahkan ke 52 PPS di seluruh negeri Pahang.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16