Isu lesen LKP: Dua penjawat awam, seorang bekas kakitangan agensi kerajaan ditahan SPRM

PUTRAJAYA – Dua penjawat awam serta seorang bekas kakitangan agensi kerajaan ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah kelulusan Lesen Kenderaan Perdagangan (LKP) tanpa memenuhi syarat ditetapkan.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek membabitkan dua lelaki dan seorang wanita dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Syazly Md Sain selepas permohonan dibuat SPRM hari ini.

Semalam, semua suspek berusia lingkungan 30 itu ditahan sekitar pukul 3.30 hingga 5 petang ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan untuk membantu siasatan kes.

Sumber dilaporkan berkata, SPRM mendapati syarikat dan pegawai agensi terbabit dipercayai bersubahat menyediakan maklumat palsu bagi mendapatkan surat tawaran kelulusan permohonan baharu LKP Kelas Lesen Pembawa.

“Berdasarkan risikan, bayaran rasuah yang dikenakan adalah sebanyak RM3,000 hingga RM20,000 bergantung kepada jenis kenderaan dan usia kenderaan yang ingin memohon LKP terbabit.

“Tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek ini adalah susulan operasi dijalankan Bahagian Perisikan SPRM menerusi Op Loader pada Rabu lalu di mana seramai lapan individu termasuk empat pengarah syarikat dan seorang pengarah agensi sebuah kementerian ditahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, sumber menegaskan
bagi mengeluarkan surat tawaran kelulusan LKP berkenaan, pegawai-pegawai agensi itu dipercayai bersekongkol dengan syarikat-syarikat yang bertindak menyediakan maklumat palsu seperti penyata bank.

“Pada masa sama, mereka mengurus proses permohonan termasuk Surat Tawaran Kelulusan (STK) dan Surat Kelulusan Lanjut Usia (SKLU) bagi membolehkan kenderaan perdagangan yang tidak layak menjalani Pemeriksaan Awalan Puspakom,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuurhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Related Posts

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di negeri ini selepas meneliti beberapa isu berkaitan kedudukan kuasa imigresen serta hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu