Ismail Sabri tarik balik saman terhadap Agenda Daily, tak mahu buang masa mahkamah

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menarik balik saman terhadap pemilik portal berita, Agenda Daily Media Enterprise, Muhamad Izwan Mohd Zubit, difailkan pada 2022.

Ismail Sabri berkata, beliau tidak mahu merugikan masa mahkamah memandangkan tidak lagi menjadi perdana menteri, merujuk artikel bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan’.

Beliau membuat keputusan menarik balik kes itu kerana isu ditimbulkan adalah mengenai perdana menteri dan juga mengenai pilihan raya.

“Pilihan raya sudah selesai, saya pun tak jadi perdana menteri, jadi isu kalau teruskan juga saya kira akan merugikan masa mahkamah sebab semua keputusan sudah jadi akademik,” katanya menurut Berita Harian.

Terdahulu, mahkamah menetapkan hari pertama perbicaraan kes, namun Hakim Mahkamah Tinggi Aliza Sulaiman ketika prosiding berkata, plaintif (Ismail) bersetuju menarik balik kes tanpa kos dan tanpa kebebasan memfailkan semula.

“Saya minta kedua-dua pihak berdiri. Seperti dibincangkan dalam kamar tadi, Datuk Seri (Ismail Sabri) bersetuju untuk menarik balik saman dan pihak defendan juga sudah bersetuju.

“Kes dibatalkan tanpa kos dan tanpa pembebasan untuk difailkan semula,” katanya.

Peguam Asiah Jalil yang mewakili Izwan memberitahu mahkamah, anak guamnya mengesahkan perkara itu.

Selepas prosiding selesai, Ismail Sabri dan Izwan dilihat bersalaman bersama peguam masing-masing dan berbual mesra sebelum meninggalkan mahkamah.

Pada Februari 2022, Ismail Sabri memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan portal Agenda Daily memadamkan artikel didakwa memfitnahnya.

Melalui perintah injunksi sebelah pihak (ex-parte) itu, beliau yang juga perdana menteri ketika itu berjaya mendapatkan perintah supaya pemilik portal Agenda Daily memadamkan artikel berkenaan.

Dalam penyataan tuntutan, Ismail Sabri berkata, artikel itu jika dibaca secara keseluruhannya, mengandungi pelbagai kenyataan berniat jahat dan fitnah berhubung dirinya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen