Iran sedia tamat perang, tolak gencatan senjata

ISTANBUL – Iran mengemukakan cadangan yang menggariskan pendiriannya untuk menamatkan peperangan, dengan menolak gencatan senjata sementara dan sebaliknya menuntut penyelesaian kekal, lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita rasmi IRNA.

Iran menyampaikan maklum balasnya terhadap cadangan Amerika Syarikat (AS) melalui Pakistan, selepas dua minggu rundingan peringkat tinggi dijalankan.

Maklum balas mengandungi 10 perkara itu menolak idea gencatan senjata sementara dan menekankan keperluan kepada penamatan perang secara kekal selaras dengan syarat-syarat ditetapkan Iran.

Cadangan berkenaan merangkumi tuntutan seperti penghentian permusuhan di rantau itu, satu rangka kerja bagi menjamin laluan selamat melalui Selat Hormuz, pembinaan semula, serta penarikan sekatan.

Cadangan itu dikemukakan susulan perkembangan terbaharu di bahagian barat dan tengah Iran, termasuk laporan mengenai operasi menggunakan helikopter oleh pihak AS.

Di pihak AS, seorang pegawai Rumah Putih berkata, cadangan gencatan senjata selama 45 hari antara AS dan Iran adalah ‘satu daripada banyak idea’ yang sedang dibincangkan pada masa ini.

“Presiden belum meluluskannya. Operasi ‘Epic Fury’ masih diteruskan,” kata pegawai itu, menurut wartawan Axios, Barak Ravid.

Ravid berkata, Presiden AS Donald Trump dijangka memberikan butiran lanjut semasa sidang media di Washington pada 1700 GMT, Khamis ini.

Related Posts

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat. Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI