IPMB kini Institut Marin Borneo, dua pusat baharu dibuka

KOTA KINABALU – Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini secara rasmi dikenali sebagai Institut Marin Borneo (IMB).

Seiring dengan penjenamaan semula itu, dua pusat baharu ditubuhkan iaitu Pusat Penyelidikan Oseanografi dan Pusat Penyelidikan Akuakultur.

Naib Canselor UMS, Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, penjenamaan semula dan transformasi institusi itu bukan sahaja penting kepada universiti, malah turut memberi impak besar kepada Sabah dan negara.

“Sabah adalah sebuah wilayah maritim yang memegang peranan besar dalam kelestarian alam, ekonomi pesisir dan sumber makanan laut negara.

“Di tengah cabaran global seperti perubahan iklim, kemerosotan ekosistem, tekanan terhadap sumber marin dan keperluan keterjaminan makanan, penyelidikan marin kini berada di barisan hadapan sebagai pemacu penyelesaian yang berasaskan sains.

“UMS, melalui Institut Penyelidikan Marin Borneo (atau IPMB), mempunyai kedudukan strategik untuk menerajui penyelidikan ini sesuai dengan kekuatan geografi, kepakaran sedia ada dan jaringan kerjasama yang semakin meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Masjlis Penjenamaan Semula IPMB di Akuarium dan Muzium Marin UMS, di sini pada Rabu.

Tambah Kasim, transformasi IPMB serta penubuhan Pusat Penyelidikan Oseanografi dan Pusat Penyelidikan Akuakultur, merupakan langkah berani yang selari dengan keutamaan Sabah dan negara.

“Transformasi ini selari dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi, teras kelestarian Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ), agenda kementerian di peringkat negeri dan persekutuan berkaitan sumber perikanan dan alam sekitar, selain menyokong aspirasi ekonomi biru Malaysia.

“Penyelidikan akuakultur akan membantu negara meningkatkan kapasiti makanan laut secara lestari dan kompetitif, manakala penyelidikan oseanografi pula menyediakan maklumat saintifik penting bagi pengurusan ekosistem marin dan mitigasi bencana.

“Sebagai universiti awam, UMS memikul tanggungjawab sosial dalam memperkasa komuniti pesisir melalui pendidikan, pemindahan teknologi dan program peningkatan sosioekonomi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, keupayaan UMS dalam memimpin penyelidikan akuakultur dan sains marin semakin diiktiraf di arena antarabangsa.

Related Posts

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

KOTA KINABALU – Sabah melangkah lebih dekat ke era digital penuh apabila CTS Horizon Sdn. Bhd. menyatakan komitmen mereka untuk memperkukuh infrastruktur telekomunikasi dan keterhubungan negeri ini. Timbalan Ketua Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

KOTA KINABALU – Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 negeri ini menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila mampu bersaing dengan negeri-negeri lain. Pengarah Pendidikan Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town