IPD Kota Kinabalu lancar Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina

KOTA KINABALU – Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu hari ini melancarkan Op Selamat sebagai langkah proaktif memastikan keselamatan orang ramai sepanjang musim cuti, dengan tumpuan utama terhadap keselamatan jalan raya serta pencegahan jenayah pecah rumah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pelaksanaan Op Selamat di peringkat IPD hari ini adalah kesinambungan arahan pucuk pimpinan yang sebelum ini telah digerakkan di peringkat kontinjen bermula 14 Februari lalu.

“Fokus utama Op Selamat kali ini adalah dua perkara iaitu keselamatan jalan raya dan keselamatan rumah-rumah yang ditinggalkan sepanjang musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya dalam sidang media sempena Pelancaran Op Selamat 25 CNY peringkat IPD Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

“Pastikan dalam masa memandu itu, patuhi arahan dan peraturan lalu lintas. Kenderaan mestilah dalam keadaan selamat dan pemandu dinasihatkan supaya mengambil masa rehat secukupnya sekiranya melakukan perjalanan jarak jauh,” ujarnya.

Menurutnya, keletihan ketika memandu boleh meningkatkan risiko kemalangan, justeru perancangan perjalanan yang teliti termasuk jadual rehat amat digalakkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sementara itu, pihak polis turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan kediaman memandangkan kebanyakan penduduk pulang ke kampung atau bercuti, sekali gus menyebabkan banyak rumah ditinggalkan kosong.

“Orang ramai yang bercuti atau pulang ke kampung dinasihatkan supaya memaklumkan kepada pihak polis di balai berhampiran kawasan kediaman masing-masing. Ini bagi membolehkan kita mempertingkatkan rondaan dan kawalan keselamatan,” jelasnya.

Tambahnya, langkah itu penting bagi mencegah kejadian pecah rumah yang lazimnya meningkat ketika musim cuti panjang.

Sehubungan itu, orang ramai digesa untuk memainkan peranan bersama pihak polis dengan menyalurkan maklumat awal sebelum meninggalkan kediaman, sekali gus membantu pihak berkuasa mengambil tindakan pencegahan yang sewajarnya demi menjamin keselamatan komuniti di sekitar Kota Kinabalu.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu