Insiden warga Nepal dilanggar lari, 1,000 pekerja kilang berkumpul atas jalan raya

TELUK INTAN – Insiden seorang pejalan kaki warga Nepal maut dalam kemalangan langgar lari di Batu 8, Changkat Jong, di sini, malam Jumaat, menyebabkan kira-kira 1,000 pekerja kilang turun ke atas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, berdasarkan siasatan, mangsa berusia 26 tahun merupakan pekerja kilang sarung tangan.

Jelasnya, ekoran kes yang berlaku pada jam 9.35 malam itu mencetuskan rusuhan menyebabkan kira-kira 1,000 pekerja kilang telah turun ke tempat kejadian dan berkumpul di atas jalan raya sehingga menghalang lalu lintas.

“Pasukan polis telah digerakkan bagi menenangkan dan mengawal situasi.

“Keadaan telah pulih sepenuhnya jam 2 pagi Sabtu dan semua pekerja warga Nepal telah kembali ke asrama mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Susulan kejadian itu, tambah Dr Bakri, seramai 13 pekerja kilang ditahan untuk siasatan kerana cuba mencetuskan rusuhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sementara insiden kematian warga Nepal yang terbabit langgar lari disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular beberapa video pendek di media sosial memaparkan sekumpulan warga asing yang merusuh sehingga menghalang lalu lintas di Jalan Changkat Jong.

Justeru itu, polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohammad Syamil, di talian 011-10065817.

Related Posts

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei