Insiden kibar bendera China, penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia mohon maaf

TELUK INTAN – Insiden pengibaran bendera China oleh rombongan warganegara China pada Sambutan Guan Gong Sedunia dalam perarakan di Teluk Intan pada malam Khamis, menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat sehingga tular di laman media sosial.

Ekoran itu, pihak penganjur, Persatuan Kebudayaan Guan Gong tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook milik mereka.

Menerusi kenyataan yang dibuat dalam dua bahasa bahasa Melayu dan Mandarin, Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua memaklumkan bahawa tindakan mengibar bendera negara China adalah di luar kawalan pihaknya.

Menurutnya, setiap kali sambutan yang dimulakan di negeri Johor itu, pihak penganjur akan mengibarkan bendera Jalur Gemilang sahaja sebagai simbol patriotisme.

“Sebagai pihak penganjur, sekali lagi kami memohon maaf atas insiden pengibaran bendera tersebut.

“Tindakan itu tidak sekalipun dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola. Sambutan Guan Gong Sedunia merupakan program yang telah disambut banyak tahun. Bermula dari negeri Johor dan Perak merupakan salah satu lokasi yang terlibat.

“Setiap kali sambutan, memang kami hanya mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sahaja. Bahkan di Teluk Intan ini juga tidak terkecuali,” katanya pada hantaran Facebook tersebut yang mengakui kesilapan pihaknya.

Terdahulu, tular di laman media sosial video memaparkan situasi sambutan tersebut yang dilaksanakan di sekitar pekan Teluk Intan berhampiran Menara Condong.

Sebuah akaun Facebook memaparkan perarakan kaum Cina sambil mengibarkan bendera China di lokasi hadapan Menara Condong tersebut sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dan pertikaian dalam kalangan pengguna Facebook.

Satu laporan polis juga telah dibuat oleh seorang pengawal keselamatan pada pagi Jumaat di Balai Polis Teluk Intan, daerah Hilir Perak yang mendakwa selepas melihat hantaran video tersebut, pengadu keluar rumah untuk melihat sendiri situasi terbabit.

Dakwa pengadu beberapa individu lelaki dan wanita sedang mengibarkan bendera negara China di dataran itu.

Sementara itu, ekoran laporan polis yang dibuat pengadu, pihak polis menyatakan bahawa hasil semakan, tiada sebarang permohonan permit dibuat untuk perarakan dan program itu dilaksanakan.

Menurut polis lagi, tiada ucapan disampaikan oleh mana-mana tokoh dan pemimpin persatuan semasa program itu berlangsung.

“Program itu lebih menjurus kepada aktiviti berbentuk keagamaan. Namun rakaman percakapan pihak penganjur akan direkod untuk siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan awal polis juga turut mendapati perarakan yang dilangsungkan pada Khamis itu lebih kurang jam 8 malam sehingga 11.30 malam itu melibatkan perarakan kereta berhias anjuran Persatuan Penganut Agama Tao Daerah Hilir Perak.

Lebih kurang 400 peserta dan penonton berada di dataran Menara Condong Teluk Intan termasuk kehadiran warganegara China bersempena perayaan meraikan patung Dewa Zhuang Zhe dengan Patung Dewi Mioa Ying dari Naan Fujian yang kini berada di Tokong Hock Soo Keong, Teluk Intan.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO