Insiden guru malukan murid dalam siasatan KPM

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memandang serius insiden beberapa guru didakwa memalukan seorang murid sekolah rendah di hadapan rakan sehingga memberi kesan emosi terhadap kanak-kanak berkenaan.

Menteri Fadhlina Sidek berkata, insiden itu kini dalam siasatan KPM dan amat dikesali lebih-lebih lagi rakaman berkenaan turut tersebar dan memberi impak besar kepada masyarakat.

Tegasnya, KPM akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi memberi tumpuan kepada isu ini.

“Guru sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa mengenai integriti dan etika sebagai penjawat awam walau apa juga isu yang terjadi.

“Saya juga yakin dan percaya ada ruang lebih selamat dan bersifat privasi untuk memastikan apa saja perbincangan dan isu dapat diselesaikan secara baik,” katanya.

Beliau mengulas insiden itu ketika ditemui selepas majlis pelancaran dan simbolik penyerahan Koleksi Komik Wira Anti Rasuah di Kuala Lumpur, hari ini.

Koleksi komik tiga siri itu hasil kerjasama strategik antara Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, tular video berkenaan seorang murid sekolah rendah yang dimarahi beberapa guru di kantin sekolah yang mana murid berkenaan dipaksa untuk mengaku perkara yang tidak dilakukannya.

Video itu dirakam dan kemudian diberikan kepada ibu murid berkenaan.

Sementara itu, Fadhlina berkata, pihaknya sudah meminta Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan untuk memperhalusi perkara ini dengan lebih serius kerana ia membabitkan integriti dan etika guru.

“KPM juga sebenarnya sudah berkali-kali mengingatkan kepada guru yang juga penjawat awam mengenai garis panduan sedia ada dan mematuhi etika serta integriti baik di dalam kelas, luar kelas dan media sosial sekali pun,” katanya.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi