Inkues: Saksi ke-6 sahkan badan Zara dialih, amalan ‘MA’ dan kecurian sebelum malam kejadian

KOTA KINABALU – Peguam kepada ibu Zara, Shahlan Jufri menyatakan terdapat tiga perkara penting dimaklumkan oleh saksi keenam menerusi prosiding hari ketujuh inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Tiga perkara penting itu didedahkan apabila saksi keenam, iaitu Linah Mansoding @ Jaliha, 65, seorang pengawal keselamatan sekolah, tampil memberi keterangan kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan selaku Koroner pada Jumaat.

“Hari ini kita telah selesai saksi yang ke-6 iaitu pengawal keselamatan sekolah.

“Kita boleh ringkaskan daripada keterangan saksi pengawal keselamatan ini ialah yang pertama, dia dapat mengesahkan badan arwah dipindahkan jauh daripada tempat yang ditemukan,” katanya ketika ditemui media di luar Mahkamah Koroner.

Tambah Shahlan, saksi turut mengesahkan kewujudan amalan yang dikenali sebagai ‘MA’, singkatan yang lazim digunakan pelajar asrama untuk merujuk kepada tindakan pelajar senior memanggil pelajar junior bagi memberi teguran.

“Mengikut saksi ini, MA ini telah dilarang dan diharamkan. Itu yang kedua,” katanya.

Jelas beliau, Linah turut dimaklumkan mengenai kejadian kecurian wang antara seorang pelajar asrama pada malam sama.

“Jadi, dia pun mendapat tahu tentang kecurian ini daripada salah seorang pelajar asrama.

“Kami pun tidak tahu siapa, tapi terdapat seorang pelajar yang memberi tahu bahawa duit pelajar tersebut hilang pada malam itu,” ujarnya.

Berakhirnya keterangan saksi keenam hari ini, prosiding inkues akan bersambung minggu depan dengan kehadiran saksi baharu termasuk seorang doktor dan saksi kanak-kanak, tertakluk kepada keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James