Inkues: Saksi ke-30 sifatkan kawan rapat Zara suka putar belit cerita

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak ke-30 memaklumkan mahkamah bahawa kawan rapat kepada arwah Zara Qairina Mahathir suka memutar belit cerita.

Perkara itu dimaklumkan saksi dalam prosiding inkues yang berlangsung hari ini di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.

Peguam ibu Zara, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, saksi merupakan pelajar senior yang tinggal berasingan dengan blok asrama Zara.

“Dia tidak kenali Zara, dia cuma mengenali seorang pelajar junior yang merupakan kawasan rapat kepada Zara.

“Dia katakan pelajar junior ini adalah peramah tapi suka memutar belit cerita,” katanya dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu selepas prosiding inkues pada Khamis.

Jelasnya, terdapat salah faham antara saksi dan pelajar junior itu apabila pelajar itu menuduh saksi bersikap sombong dengan pelajar junior.

“Lebih kurang pada awal Mei 2025 saksi pernah berjumpa dengan pelajar junior tersebut di kelas untuk tanya adakah mereka ada masalah.

“Pelajar junior tersebut menafikan, ada angkat sumpah depan rakan-rakan tidak ada isu antara mereka,” ujarnya.

Bagaimanapun, Syarulnizam berkata, saksi memaklumkan bahawa saksi tidak ada menyentuh atau membuat kekerasan terhadap pelajar junior itu.

Tambahnya, saksi turut berkata, ada melihat tiga orang pelajar junior termasuk arwah Zara menyindir para pelajar junior termasuk adik kepada saksi.

“Malam hari yang sama saksi pergi jumpa dengan ketiga-tiga pelajar junior tersebut untuk tanya adakah mereka mempunyai masalah dengan adiknya dan tidak ada kekerasan berlaku,” jelasnya.

Katanya lagi, saksi menjelaskan bahawa itu merupakan kali pertama dan terakhir dia berjumpa dengan arwah Zara.

Related Posts

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan keperluan untuk memperkukuh daya tahan ekonomi negara bagi menghadapi cabaran kelembapan ekonomi global yang dipengaruhi oleh peningkatan kos dunia serta gangguan rantaian bekalan, kata Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

PUTRAJAYA – Malaysia perlu memperkukuh keupayaan dalam mengurus ketidaktentuan ekonomi global yang semakin mencabar susulan ketegangan geopolitik semasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, meskipun sebahagian tekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah