Inkues: Saksi kanak-kanak ke-27 dakwa, hubungan Zara dengan ibu seperti kawan baik

KOTA KINABALU – Seorang saksi kanak-kanak ke-27 dalam prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, mendakwa hubungan Zara dengan ibunya sangat baik seperti kawan baik.

Menurut peguam kepada ibu Zara, Ridwandean M Borhan berkata, saksi mengenali ibu Zara dan pernah berkunjung ke rumah Zara bersama keluarganya semasa Hari Raya tahun 2025.

“Saksi juga pernah melihat ibu Zara datang ke asrama menjemput Zara dan Zara menghubungi ibunya daripada asrama.

“Hubungan Zara dengan ibunya baik dan rapat seperti kawan baik,” katanya semasa ditemui selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Menurutnya, saksi sering melihat Zara sering meluahkan perasaan kepada ibunya dan ibunya sering memberikan wang belanja kepada Zara.

“Pada petang 15 Julai 2025, saksi mengatakan yang Zara dipulau dan tidak dilayan oleh kawan-kawannya.

Pada malam hari yang sama, beberapa rakan dorm Zara sedang membuat persiapan untuk melakukan ‘spot check’ terhadap barang-barang Zara.

“Ada pelajar junior yang menjaga pintu untuk memantau pergerakan Zara.

“Pada malam itu juga, seorang junior telah memberitahu setiap dorm-dorm di aras tiga bahawa dia kehilangan kad bank.

“Pelajar ini memberitahu saksi bahawa dia mengesyaki Zara yang mengambil kad banknya,” jelasnya.

Katanya lagi, saksi memberitahu bahawa pelajar yang sama pernah mendakwa kehilangan dompet, duit dan MyKad sebelum ini, namun kemudian mengaku MyKad itu ditemukan semula oleh seorang guru.

Menurutnya, saksi turut mendengar kawan rapatnya mengadu kehilangan wang RM21.

“Selepas Zara dipanggil oleh pelajar senior ke dorm lain, beberapa pelajar junior kemudian melakukan ‘spot check’ ke atas ‘locker’, beg dan seluar Zara ketika Zara tiada di bilik.

“Saksi turut menyatakan beg dan ‘locker’ Zara tidak berkunci pada waktu itu.

“Dalam ‘spot check’ tersebut, tiga pin Jalur Gemilang kecil ditemui seorang pelajar junior mendakwa menjumpainya di beg Zara, sebuah pin lagi di poket seluar Zara,” ujarnya.

Dalam pada itu, saksi memberitahu mahkamah bahawa sejumlah wang tunai RM21 turut dijumpai dalam dompet Zara.

“Pelajar junior yang kehilangan wang mendakwa itu miliknya kerana keadaan lipatan wang tersebut seakan sama.

“Saksi juga berkata ada helaian kertas seperti surat dijumpai di dalam beg Zara.

“Surat itu kemudian diserahkan kepada pelajar senior yang membaca surat itu. Saksi tidak pasti isi penuh surat tersebut tetapi diberitahu ianya berbentuk surat peribadi.

“Kemudian, Zara dilihat belari masuk ke dorm sambil menangis. Saksi berkata, Zara tidak tahu beg dan ‘locker’ Zara telah diselongkar semasa dia tiada di dorm.

“Saksi menyatakan ini kali pertama melihat Zara dalam keadaan sebegitu. Semasa Zara menangis, saksi juga mendengar serang pelajar junior berkata kepada semua ahli bilik, ‘semua Zara batch kita ni ada problem’,” katanya.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta