
KUANTAN – Sebanyak 550 kotak Bantuan Negeri (BN) mula diagihkan kepada penduduk terjejas akibat tekanan kos sara hidup di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, semalam.
Program agihan itu adalah dibawah inisiatif Kerajaan Negeri Pahang susulan konflik berterusan di Asia Barat sejak kira-kira dua bulan lalu.
Majlis penyerahan kotak BN itu dilakukan Penyelaras DUN Pulau Tawar, Norsarfinaz Mohd Azman dan turut dihadiri Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud.
Kotak bantuan mengandungi pelbagai barangan keperluan asas itu diserahkan kepada 28 pemimpin dari kawasan DUN berkenaan.
Inisiatif BN Pahang itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan peruntukan RM15,000, seminggu untuk semua kawasan DUN di negeri ini.




