Inilah pemimpin ‘gentlemen’, Rafizi dan Nik Nazmi pamerkan politik matang

PENGUNDURAN Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai anggota Jemaah Menteri disifatkan sebagai manifestasi politik matang dan beretika.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tindakan kedua-dua mereka disifatkan sebagai ‘gentlemen‘ kerana memilih untuk menghormati suara akar umbi dengan mengundurkan diri.

Menurutnya, pendekatan yang diambil itu seharusnya menjadi contoh kepada semua pemimpin, bukan sahaja dalam parti PKR tetapi juga dalam semua parti politik di Malaysia.

“Keputusan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad bukan sahaja mengejutkan banyak pihak, malah telah membuka lembaran baru dalam budaya politik tanah air iaitu satu budaya berasaskan akauntabiliti, prinsip, dan integriti.

“Dalam suasana politik yang sering dicemari dengan perebutan kuasa, keengganan melepaskan jawatan, serta budaya ‘melekat pada kerusi’, tindakan dua tokoh muda ini benar-benar melangkaui kebiasaan,”katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Sharkar memaklumkan, kedua-duanya mereka menghantar mesej jelas bahawa kepimpinan perlu datang daripada mandat dan bukan sekadar keinginan peribadi.

“Dalam hal ini, Rafizi dan Nik Nazmi telah menunjukkan bahawa kalah tidak bererti lemah, dan berundur tidak bererti menyerah.

“Sebaliknya, ia memperkukuh prinsip dan membuka ruang untuk refleksi serta kembali dengan lebih kukuh jika diizinkan masa dan takdir,” katanya lagi.

Semalam, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri Kabinet dan telah menghantar surat peletakan jawatan serta permohonan cuti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin itu mengambil langkah berundur selepas mengalami kekalahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

Kedua-dua menteri itu sebelum ini tewas pada Pemilihan PKR 2025 dengan Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar, manakala Nik Nazmi tewas pada pemilihan sebagai Naib Presiden.

Susulan pengumuman terbabit, Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan memaklumkan, Anwar meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.

Related Posts

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

ALOR SETAR – AMANAH menggesa kerajaan meneliti semula kewajaran penganjuran Festival Muzik Air ‘Rain Rave 2026’ yang didakwa tidak selari dengan budaya serta norma masyarakat Malaysia. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan