Inilah diplomasi cara Malaysia

KADANG-KADANG, dalam dunia politik yang penuh protokol dan serius, momen santai dan mesra mampu mencuri perhatian ramai. Begitulah yang berlaku dalam pertemuan singkat antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pagi tadi sebelum tetamu negara itu berlepas ke Tokyo, Jepun.

Suasana perjumpaan itu tampak tenang dan selesa. Jauh dari nada tegang diplomasi yang selalunya formal. Trump hadir dengan tali leher berwarna kuning keemasan, simbol keyakinan dan kuasa yang sering dikaitkan dengan dirinya.

Namun kali ini, warna itu seolah-olah membawa aura positif, selesa dan optimis. Terpancar suasana ceria dalam pertemuan dua pemimpin berpengaruh ini.

PMX pula, seperti biasa, tampil tenang, berwibawa dan bersahaja. Gaya kepimpinan yang semakin menonjolkan wajah Malaysia MADANI di mata dunia.

Kedua-duanya dilihat berbual dengan nada santai, diselangi senyuman dan isyarat tangan yang menunjukkan keselesaan antara dua tokoh ini. Tiada kekok, tiada jurang. Hanya suasana yang harmoni dan saling menghormati.

Menariknya, suasana mesra ini bukan sekali berlaku. Sehari sebelumnya, ketika PMX menyambut kehadiran para pemimpin negara anggota ASEAN dan pemimpin dunia yang lain, suasananya juga tidak kalah hangat.

Dengan sapaan yang mesra, senyuman yang tulus, dan sedikit gurauan ringan, Anwar mencipta suasana yang membuatkan tetamu berasa dialu-alukan dan dihargai.

Inilah gaya diplomasi yang segar. Berjiwa rakyat, beradab dan berhemah, tapi tetap berwibawa. Dalam dunia yang sering tegang dengan isu geopolitik, pendekatan begini memberi nafas baharu bahawa hubungan antarabangsa tidak semestinya kaku dan penuh formaliti, tetapi boleh diwarnai dengan nilai kemanusiaan dan keikhlasan.

Tulisan ini bukanlah tentang hubungan akrab semata-mata, tetapi cara diplomasi MADANI yang ditonjolkan PMX ini memberi kesan kepada pandangan Malaysia terkait keamanan global khususnya Gaza dan Palestin.

Dan di situlah indahnya diplomasi Malaysia MADANI. Harmoni dalam kepelbagaian, sopan dalam kekuatan. Yang pasti Malaysia menjadi penanda aras kepada negara anggota lain dalam kepengerusian ASEAN. Tahniah Malaysia!

Related Posts

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

DESAKAN agar Selat Melaka ‘bebas sepenuhnya daripada pengaruh kuasa luar’ mungkin kedengaran patriotik, malah mudah meraih sokongan emosi. Namun hakikatnya, naratif sebegini berisiko mengelirukan rakyat jika tidak berpijak pada fakta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

KENYATAAN terbaharu seorang Adun Pas tentang usaha kerajaan negeri dalam mencapai kadar sifar miskin tegar di Kedah menjadi bahan sindiran. Ia susulan pendirian berbeza oleh wakil rakyat parti itu sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16