Indonesia mula pembenihan awan atasi jerebu

JAKARTA – Indonesia akan memulakan operasi pembenihan awan hari ini bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang semakin buruk di Wilayah Riau.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari berkata, operasi itu akan dijalankan sekurang-kurangnya selama tujuh hari dan boleh dilanjutkan bergantung kepada keadaan di lapangan.

“Sebuah pesawat Cessna dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Pondok Cabe di Wilayah Banten dan operasi pembenihan awan akan dilakukan pada hari ini menggunakan natrium klorida (NaCl) untuk merangsang hujan di kawasan terjejas akibat kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

Data dari Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menunjukkan terdapat 1,208 titik panas di seluruh Sumatera setakat semalam, termasuk 586 di Riau.

Laporan stesen penyiaran tempatan, Metro TV menyatakan jerebu yang terhasil telah sampai ke beberapa bahagian di Malaysia.

BNPB turut mengerahkan sebuah helikopter Bell 206 untuk rondaan udara dan memindahkan sebuah helikopter pengebom air Mi-8MSB-T dari Palembang ke Riau.

Pasukan petugas darat turut digerakkan melibatkan pegawai bencana, anggota tentera, polis, pasukan bomba serta sukarelawan.

Related Posts

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

KENYATAAN terbaharu Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim bahawa Malaysia tidak sepatutnya menaikkan harga minyak kerana negara mempunyai pengeluaran sendiri dilihat menarik, namun hakikat sebenar industri minyak global jauh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta