Individu dakwa menteri dalam Millah Abraham diberkas

BATU PAHAT- Seorang individu mendakwa dirinya bertaraf menteri dalam kerajaan Millah Abraham diberkas polis dalam sebuah operasi khas bersepadu, Rabu lalu.

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, lelaki berusia lingkungan 45 hingga 50-an itu ditahan di kediamannya kira-kira 7.15 malam.

“Hasil operasi bersepadu khas Ops Milab yang dijalankan Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor Bahru ini telah menahan seorang lelaki disyaki pengikut kepada ajaran sesat Milah Abraham di daerah ini.

“Lelaki itu mendakwa dirinya berstatus ‘menteri’ dalam hierarki ajaran sesat ini. Pendakwaan kes ke atas lelaki itu telah dijalankan semalam di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Batu Pahat dengan tarikh perbicaraannya ditetapkan pada 24 September nanti,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, kerajaan negeri bersama agensi berwajib akan berusaha membanteras penyelewengan akidah di Johor sebagai usaha melindungi kesucian Islam untuk berada di landasan tepat.

Pada 6 Ogos lalu, seorang imam dan guru penolong kanan dilaporkan antara 14 individu disyaki pengikut ajaran sesat Millah Abraham yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, atas pertuduhan mengingkari pihak berkuasa agama serta memiliki bahan penerbitan agama bertentangan hukum syarak.

Mereka terdiri daripada 11 lelaki serta tiga wanita berusia 30 hingga 70 tahun yang didakwa secara berasingan atas satu atau dua pertuduhan mengikut Seksyen 9 dan Seksyen 13 (1) (b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003.

Sebelum itu, JAINJ mengesan penyebaran ajaran Millah Abraham susulan laporan polis diterima berhubung pergerakan anggota kumpulan terbabit.

Hasil siasatan awal mendapati mereka dipercayai turut cuba menyebarkan ajaran itu kepada ahli keluarga dan masyarakat di negeri ini.

Ajaran ini difatwakan haram pada 2019 oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Antara fahaman salah ajaran sesat itu ialah ahlinya percaya sembelihan dibuat bukan ahli adalah tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan mempunyai syahadah berbeza.

Mereka juga cuba menggabungkan tiga agama membabitkan Yahudi, Nasrani dan Islam, selain menghuraikan ajaran al-Quran berdasarkan fahaman sendiri tanpa berdasarkan kitab tafsir.

Related Posts

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

LIMBANG – Semangat gotong-royong dan muafakat terus utuh dalam kalangan penduduk Kampung Kuala Mendalam apabila mereka berganding bahu membersihkan Klinik Kesihatan Kuala Mendalam yang terjejas teruk akibat ribut dan hujan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

KOTA KINABALU – Sektor pelancongan di negeri ini akan terus berdaya tahan meskipun berdepan cabaran susulan konflik semasa di Asia Barat. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM