Imigresen Sabah perhebat penguatkuasaan, serbu premis gaji PATI dalam Ops Gegar

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Sabah memperhebat penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan menyerbu premis perniagaan yang menggaji mereka dalam operasi khas Ops Gegar di sini, pada Khamis.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, Imigresen Sabah berusaha menangani kebanjiran PATI dan membanteras aktiviti penggajian warga asing tanpa dokumen sah dengan menyasarkan premis-premis yang disyaki terlibat di sekitar daerah itu.

“Operasi yang berlangsung dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam itu berjaya menahan 14 individu PATI atas pelbagai kesalahan Imigresen yang dijalankan hasil daripada risikan intensif serta aduan awam berkaitan PATI di premis refleksologi dan spa di dua lokasi berasingan sekitar daerah terlibat.

“Pemeriksaan ke atas premis di lokasi pertama berjaya menahan 10 warga asing Filipina, terdiri daripada tiga lelaki dan tujuh perempuan.

“Manakala di lokasi kedua, tiga perempuan warga China, seorang perempuan warga Filipina dan seorang majikan tempatan turut ditahan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit sah.

“Beberapa barangan turut dirampas untuk siasatan lanjut termasuk lesen perniagaan, wang tunai berjumlah RM764 di lokasi pertama, RM800 di lokasi kedua, buku log operasi perniagaan dan penanda magnet,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut Saleha, kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Kota Kinabalu bagi proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

“Kesemua tahanan dipercayai melanggar Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas yang dikeluarkan dan Seksyen 6(1)(c) bagi kesalahan dokumen pengenalan diri di bawah Akta Imigresen 1959/63,” kata beliau.

Sehubungan itu, Imigresen Sabah menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti PATI atau premis-premis yang menggaji warga asing secara tidak sah agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

“Operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan memindah warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Imigresen akan terus memainkan peranan dalam menjamin kedaulatan dan keselamatan negara dengan memastikan hanya individu yang mematuhi undang-undang dibenarkan bekerja dan menetap di Malaysia,” jelasnya.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza