Imigresen Kelantan gempur PATI di perkampungan Orang Asli

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan telah mengempur Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di pekampungan Orang Asli melalui Operasi Penguatkuasaan Ops Bersepadu yang dijalankan di sekitar kawasan tanah tinggi Lojing pada Isnin lalu.

Timbalan Pengarahnya, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, dalam serbuan itu seramai lapan orang PATI telah ditahan yang melibatkan tujuh orang warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Nepal.

Katanya, kesemua warga asing yang ditahan itu adalah berumur lingkungan 20 tahun hingga 30 tahun.

“Bertindak atas hasil risikan dari Bahagian Penguatkuasa, JIM Negeri Kelantan dengan kerjasama agensi berkaitan telah membuat pemeriksaan terhadap warga asing dan warga tempatan disekitar perkampungan Orang Asli termasuk di Kampung Brooke Lama, Kampung Sangwai B, Kampung Sangwai C, Kampung Sendrop dan Kampung Sigar, Gua Musang.

“Dalam serbuan ini, sebanyak 28 premis dan 62 orang telah diperiksa yang terdiri daripada 44 orang warganegara Malaysia, 15 orang warga Bangladesh, dua orang warga Nepal dan seorang warga Indonesia.

“Daripada jumlah tersebut, seramai lapan orang PATI telah ditahan melibatkan lima lelaki warga Bangladesh, dua perempuan warga Bangladesh diikuti seorang lelaki warga Nepal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen1963.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI

Terdahulu, Ops Bersepadu yang dijalankan di sekitar kawasan tanah tinggi Lojing itu turut melibatkan kerjasama dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK), Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) Negeri Kelantan dan dengan kerjasama dari Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing.

Operasi yang diatur gerak pada jam 2.00 pagi itu juga dijayakan dengan kekuatan seramai 67 pegawai pelbagai pangkat dari jabatan dan agensi penguatkuasaan berkaitan.

Related Posts

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

KANGAR – Empat lelaki warga China direman sehingga 18 Mei ini selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kuala Perlis, kelmarin. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi