IKM KK anjur program pengukuhan disiplin, sahsiah pelajar

KOTA KINABALU – Program Pengukuhan Disiplin dan Sahsiah Pelajar anjuran Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu bagi membentuk jati diri pelajar untuk berdisiplin dan lebih berwaspada terhadap ancaman semasa.

Pengarahnya, Abdul Munap Tahir berkata, ia juga bermatlamat untuk mendidik pelajar agar mengamalkan disiplin, membina peribadi mulia serta menjauhkan diri daripada gejala sosial.

Jelasnya, antara pengisian utama ialah ceramah anti buli #Youtouchyougo yang disampaikan oleh Kaunselor Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Kinabalu, Jolifulizan Jais. 

“Ceramah itu menekankan kepentingan kerjasama antara pihak institusi dan juga pelajar di dalam usaha membendung gejala buli agar kejadian seperti Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tidak berulang.

“Program diteruskan dengan Ceramah Kesedaran Bahaya Salah Guna Dadah oleh Ketua Unit Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Kinabalu, Ainul Mardhiah Muti,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. 

Selain ceramah, turut diadakan pameran, tayangan video berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah dan juga saringan air kencing bagi memberi impak lebih mendalam kepada pelajar.

“Turut menarik perhatian adalah perkongsian oleh wakil dari Penjara iaitu Penolong Pegawai Penjara, Dominic Linus yang berkongsi mengenai bahaya media sosial tidak terkawal, sejajar dengan isu semasa yang semakin membimbangkan masyarakat,” katanya.

Tegasnya, program ini diadakan sebagai usaha berterusan membentuk jati diri pelajar yang berdisiplin, bebas daripada gejala negatif, serta lebih berwaspada terhadap ancaman semasa.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza