IDS komited basmi kemiskinan lapan daerah di Sabah

KOTA KINABALU – Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) komited dalam usahanya membasmi kemiskinan lapan daerah di negeri Sabah pada tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berkata, bagi menangani masalah berkenaan yang membolehkan seluruh lapisan rakyat menikmati arus kemajuan dan pembangunan yang pesat di negeri itu, kajian secara menyeluruh perlu dilaksanakan.

“Sebagai sebuah Agensi Pemikir Utama Kerajaan Negeri Sabah, IDS pada tahun ini perlu memberikan tumpuan kepada pelaksanaan kajian strategik bagi mengenal pasti punca utama lapan daerah itu masih termiskin di Sabah.

“Kajian yang bersifat menyeluruh, komprehensif dan teliti dengan matlamat utama merangka penyelesaian yang praktikal dan berkesan perlu di laksanakan di daerah-daerah yang termasuk Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.

“Keadaan ini mencabar dan amat menyedihkan jika tidak ditangani segera maka IDS bertanggungjawab bukan hanya dalam membantu daerah-daerah ini keluar daripada senarai daerah termiskin negara tetapi juga meningkatkan lagi kesejahteraan rakyat Sabah secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 di Dewan Ids, Wisma IDS di sini pada Khamis.

Turut hadir dalam majlis itu, CEO IDS Datuk Dr Rem Dambul, Ahli lembaga Pengarah IDS serta kakitangan IDS.

Sehubungan itu, Azizah menyeru kepada warga IDS agar menyediakan cadangan-cadangan penyelesaian bernas sebagai pelan tindakan membasmi kemiskinan itu.

“Usaha ini perlu segera dilaksanakan agar lapan daerah berkenaan dapat keluar daripada status termiskin dan mencipta perubahan yang bermakna kepada kehidupan penduduk di kawasan itu.

“Ini adalah sejajar dengan usaha memperkukuhkan ekonomi negeri dan mampu menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat.

“Oleh itu kajian yang mengambil kira perbezaan geografi, sumber ekonomi, serta keunikan komuniti setempat perlu bagi membantu merangka langkah penyelesaian yang lebih relevan dan berkesan,” ujarnya.

Tambahnya, IDS juga perlu memberi fokus kepada kajian keusahawanan yang menyeluruh dan komprehensif yang bertujuan memperkasakan usahawan sedia ada terutama di kawasan luar bandar.

“Kita dapat membina ekosistem keusahawanan yang lebih mampan. Saya yakin bahawa peningkatan jumlah usahawan khususnya di luar bandar akan dapat menjana pendapatan lebih baik tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan di lokasi mereka beroperasi.

“Melalui usaha itu IDS mampu memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju pembangunan ekonomi negeri yang lebih menyeluruh dan inklusif yang menjadi pemangkin kemajuan Sabah yang lebih makmur, sejahtera dan ‘No one left behind’.

“Begitu juga dengan usaha memperkasakan lagi peranan wanita Sabah melalui program di bawah ‘Women Leadership Initiative Committee (WLIC)’ sepanjang tahun ini yang memerlukan perancangan strategik bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam membuat keputusan serta berperanan dalam pembangunan ekonomi khususnya melalui keusahawanan,” katanya lagi.

Related Posts

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AFFIN raih Anugerah J.P. Morgan Elite Quality tiga tahun berturut-turut

AFFIN raih Anugerah J.P. Morgan Elite Quality tiga tahun berturut-turut

Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

  • By Fatin
  • December 5, 2025
Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam