Ibu Zara, peguam jadi pihak berkepentingan sepanjang prosiding inkues

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini membenarkan ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina dan pasukan peguam untuk menjadi pihak berkepentingan sepanjang prosiding inkues kematian Zara yang dijadualkan bermula 3 September depan.

Selain itu, peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa terbabit kes buli Zara turut dibenarkan menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues tersebut.

Keputusan itu dibuat Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz selaku Koroner.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) turut mengemukakan permohonan untuk menjadi pemerhati dalam prosiding inkues, namun Azreena menolak permohonan itu.

Koroner turut memaklumkan bahawa prosiding inkues akan didengari oleh seorang Koroner baharu iaitu Amir Shah Amir Hassan.

Ibu Zara, Noraidah Lamat turut hadir pada sesi pendengaran permohonan pihak berkepentingan inkues yang tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada kira-kira pukul 8.52 pagi di sini, pada Khamis.

Semasa sesi pendengaran permohonan itu, pasukan guaman mewakili ibu Zara yang hadir adalah Shahlan Jufri; Rizwandean M Borhan; Mohd Syazrulnizam Mohd Salleh; Mohd Luqman Syazwan dan Farrah Nasser.

Turut hadir peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa terlibat kes buli arwah Zara iaitu Datuk Ram Singh; Joan Goh; Prem Elmer Ganasan; Azhier Farhan Arisin dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah.

Pegawai pengendali inkues yang hadir pula adalah Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan