
KOTA KINABALU – Proses pengecaman jenazah Zara Qairina Mahathir oleh ibunya berlangsung di Hospital Queen Elizabeth I sebelum proses bedah siasat dimulakan.
Peguam Hamid Ismail berkata, sebaik pengecaman selesai, bedah siasat dikendalikan dua doktor termasuk seorang doktor pakar forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
“Selepas pengecaman, bedah siasat akan bermula sebab doktor pakar daripada Serdang itu sudah pun tiba.
“Itulah info terbaharu setakat ini,” katanya ketika ditemui wartawan di Hospital Queen Elizabeth I, di sini, pada Ahad.
Hamid berkata, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.






