Ibu berpantang sebulan dukung bayi, sewa kereta demi mengundi

KINABATANGAN – Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang sebulan sanggup mendukung bayi sulungnya dan menyewa kereta bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.

Hasni Hamsah, 37, yang merupakan suri rumah dan kini menetap di Sandakan berkata, walaupun berdepan kesukaran fizikal serta kos perjalanan yang tinggi, dia tetap hadir ke pusat mengundi sebagai tanda komitmen terhadap kewajipan demokrasi.

Menurut Hasni, dia dan suami terpaksa menyewa kereta kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri dengan kos sewaan mencecah RM200 hingga RM250 bagi perjalanan pergi dan balik, tidak termasuk perbelanjaan makan.

“Saya tidak kisah pasal itu (duit sewa kereta RM200) sebab kita mahu menunaikan tanggungjawab.

“Pertama ‘nervous’ juga bawa bayi sebab orang cakap macam susah kan, tapi Alhamdulillah okay juga dan ada petugas SPR bantu masa mengundi,” katanya kepada media selepas membuang undi di PDM SK Bukit Garam I, di sini, pada Sabtu.

Menurut Hasni, semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, dia mengundi ketika sarat mengandung lebih sembilan bulan, manakala kali ini terpaksa membawa bayi yang baru berusia satu bulan sembilan hari.

Jelasnya, beliau bersama keluarganya juga konsisten menunaikan kewajipan mengundi dan tidak pernah gagal hadir ke pusat mengundi.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa