Ibu bapa diseru pantau penggunaan telefon, dorong anak bersukan – Fahmi

KOTA KINABALU – Ibu bapa diseru memantau penggunaan telefon dalam kalangan anak-anak dan pada masa sama menggalakkan mereka terlibat dengan aktiviti sukan bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak terlalu bergantung kepada telefon terutama pada hujung minggu.

“Saya harap aktiviti seperti ini dapat diperbanyakkan sebab kadang-kadang terutamanya untuk mak-mak, ayah-ayah, dari sabtu pagi kita bagi anak-anak tengok televisyen atau bermain telefon.

“Bukan semua dalam telefon ini baik, TikTok untuk anak-anak tidak perlu main.

“Untuk anak-anak kalau main Roblox kita kena pantau. Roblox ialah permainan atas talian tetapi kadang-kadang dalam talian bukan semua baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Rapat-Rapat Bah Bersama-Sama Komuniti Kota Kinabalu di Gelanggang Futsal UTC, di sini pada Sabtu.

Mengulas mengenai program ini, Fahmi berkata, penganjuran sukan komuniti oleh Jabatan Komunikasi Komuniti seperti pertandingan futsal bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim dalam masyarakat tetapi juga menjadi platform untuk memupuk minat terhadap gaya hidup sihat.

“Niat kita untuk membuat program ini untuk merapatkan silaturahim dalam masyarakat di samping kita meluangkan masa untuk aktiviti sukan yang sihat,” ujarnya.

Justeru, beliau menggalakkan semua untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup dan mengutamakan keselamatan dalam talian ketika bermain telefon.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop; Timbalan Ketua Pengarah JKOM, Suwadi Guliling; Pengarah JKOM Sabah, Milus Alu @Abd Wahad, dan Penggerak Komuniti Kota Kinabalu, Grace Lee Li Mei.

Related Posts

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri tidak menolak kemungkinan melaksanakan pemotongan gaji menteri sekiranya keadaan ekonomi negara bertambah meruncing susulan konflik di Asia Barat. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok