
PUTRAJAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berterusan tahap waspada di Kelantan dan Terengganu bermula Sabtu sehingga 30 Disember ini.
MET Malaysia dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya memaklumkan amaran hujan berterusan tahap waspada itu dijangka di keseluruhan kawasan di negeri Terengganu bermula 28 Disember 2024.
“Di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
“Amaran cuaca buruk sama turut dijangka di beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran & Sandakan) dan Kudat,” katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan atau di talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.




