Hubungan rakyat dengan rakyat jadi fokus Malaysia, Indonesia

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan hubungan Malaysia-Indonesia bukan hanya berkisar kepada kerajaan dengan kerajaan dan perniagaan dengan perniagaan, sebaliknya lebih memfokus kepada hubungan rakyat dengan rakyat.

Beliau percaya hubungan rakyat kedua-dua negara yang dipererat dan diperkukuh mampu memberikan ‘dividen politik’, selain pulangan perniagaan serta perdagangan baik untuk Malaysia dan Indonesia.

“Di samping kita mempertahankan rasa kebersamaan antara Malaysia dengan Indonesia, kita jangan hanya mengharapkan hubungan yang baik antara pemimpin dan nilai-nilai sentimental.

“Justeru, hubungan ini bukan hanya kerajaan dengan kerajaan dan perniagaan dengan perniagaan, tetapi lebih kepada hubungan rakyat dengan rakyat,” katanya seperti dilapor Bernama.

Ahmad Zahid berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Komuniti Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan, malam tadi.

Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi ke Indonesia selama tiga hari.

Mengenai tarif Amerika Syarikat (AS) pula, Ahmad Zahid berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 harus mendorong semua negara anggota blok itu meningkatkan kerjasama dalam menangani isu berkenaan.

Related Posts

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dengan segera bagi mengimbangi impak lonjakan harga diesel yang semakin memberi kesan rantaian pelbagai peringkat. Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis