Hubungan negara ASEAN diperkukuh menerusi Permukiman AMM Langkawi

MENTERI Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengadakan tiga pertemuan bilateral bersama rakan sejawatannya dari Vietnam, Singapura, dan Indonesia bagi memperkukuh kerjasama serta hubungan dua hala.

Di luar Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi, Mohamad bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Bui Thanh Son.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

“Mereka turut menilai hasil kejayaan lawatan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam ke Malaysia pada November 2024 dan menyemak kemajuan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) antara kedua-dua negara.

“Persediaan untuk Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) yang akan dihoskan oleh Malaysia tahun ini turut dibincangkan,” menurut kenyataan itu.

Bui mengucapkan tahniah kepada Mohamad atas kejayaan penganjuran Permukiman AMM dan menyampaikan penghargaan atas layanan serta susunan acara yang cemerlang oleh Malaysia.

Beliau menyatakan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Malaysia dalam ASEAN pada 2025 serta berikrar memberi sokongan penuh terhadap tema dan keutamaan Kepengerusian Malaysia.

Dalam pertemuan berasingan, Mohamad bertemu rakan sejawatannya dari Indonesia, Sugiono.

“Kedua-dua menteri mengulangi komitmen mereka untuk memperkukuh hubungan dua hala, mengambil kira hubungan peribadi yang rapat antara pemimpin kedua-dua negara, dan bersetuju untuk menangani sebarang isu dua hala secara harmoni bagi memupuk kerjasama lebih mendalam serta memastikan kemajuan berterusan dalam perkongsian mereka,” katanya.

Sugiono memuji penganjuran Permukiman AMM oleh Malaysia dan mengesahkan sokongan kukuh Indonesia terhadap Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Pada sebelah petang, Mohamad bertemu Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan bagi membincangkan momentum positif daripada permukiman itu dan menjangka kesinambungan kerjasama ini berterusan sepanjang tahun kalendar ASEAN ini.

“Menteri Luar (Singapura) menekankan bahawa Kepengerusian Malaysia akan memberi tumpuan kepada pembangunan inisiatif yang memberikan manfaat nyata kepada ASEAN,” menurut kenyataan itu.

Mohamad dan Balakrishnan turut menyemak semula tindakan susulan daripada Permukiman Pemimpin Tahunan ke-11 yang diadakan pada 7 Januari, terutamanya penandatanganan Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.

“Kedua-dua pihak menegaskan semula komitmen mereka untuk memperkukuh perkongsian dua hala dalam pelbagai sektor dan bersetuju mengenai kepentingan menangani isu tertunggak dengan kaedah yang memastikan kerjasama menang-menang,” tambah kenyataan itu.

Balakrishnan mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan Permukiman AMM dan menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan Malaysia memimpin ASEAN dengan berkesan sepanjang 2025.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat