Hubungan antarabangsa Malaysia kunci lindungi kepentingan negara – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa hubungan baik Malaysia dengan negara lain menjadi aset penting bagi memastikan kepentingan negara terpelihara, terutama ketika menghadapi konflik global.

Beliau berkata, jaringan persahabatan dengan pemimpin dunia membolehkan Malaysia lebih berkesan dalam menangani isu antarabangsa dan menjaga kebajikan rakyat.

Sebagai contoh, Anwar menjelaskan bahawa hubungan dengan Iran memastikan laluan kapal dagang Malaysia, termasuk kapal Petronas, kekal selamat.

“Dalam perbincangan saya dengan Presiden Iran, apabila saya sebut mengenai kapal Malaysia termasuk kapal Petronas, beliau memberi jaminan akan mengarahkan supaya segala yang perlu dilakukan bagi membolehkan kapal kita melalui Selat Hormuz dilaksanakan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pendekatan sama diterapkan dalam hubungannya dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi, bagi memastikan bantuan kemanusiaan Malaysia dapat sampai ke kawasan bergolak.

“Saya gunakan persahabatan itu untuk bercakap, bukan sahaja mengenai peperangan, tetapi juga bantuan kemanusiaan. Saya beritahu beliau bahawa ada 30 kontena bantuan Malaysia di Mesir dan minta laluan ke Rafah.

“Beliau memberi jaminan bahawa sebaik sahaja bantuan itu tiba, jentera mereka akan digerakkan untuk membantu,” katanya.

Selain itu, beliau menekankan Malaysia perlu mengekalkan hubungan baik dengan semua negara termasuk ASEAN, China dan Amerika Syarikat tanpa mengorbankan prinsip negara.

“Yang kita setuju, kita kata setuju. Yang tidak setuju, kita kata tidak setuju. Tetapi persahabatan itu penting untuk menjaga kepentingan negara,” katanya.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi dikenali sebagai Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang