Hospital Tawau mohon kesan waris, pesakit dirawat sejak April

TAWAU – Hospital Tawau memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris kepada seorang pesakit lelaki yang dirawat sejak 25 April lalu selepas ditemui dalam keadaan merayau di kawasan Masjid King Fook.

Hospital Tawau menerusi hebahan di Facebook rasmi memaklumkan, lelaki berkenaan dikenali sebagai Ong John yang kini sedang menerima rawatan di Wad ENT (Wad Gabungan) hospital terbabit.

“Alamat pada kad pengenalan pesakit iaitu di Taman Masra Penampang, Peti Surat 9, 89500 Kota Kinabalu.

“Sehingga kini, tiada ahli keluarga atau waris tampil melawat atau menuntut pesakit berkenaan,” menurut kenyataan itu, pada Rabu.

Justeru, Hospital Tawau menyeru orang ramai yang mengenali individu tersebut atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu dengan menghubungi talian utama Hospital Tawau di 089-706000 sambungan Wad ENT (Wad Gabungan) di talian 6465.

Orang ramai juga boleh hadir terus ke kaunter jururawat wad berkenaan di aras 5, Blok C bangunan baharu hospital terbabit.

Related Posts

Komitmen berterusan, Projek Residensi Rakyat libatkan 200 unit rumah diluluskan

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan dua projek Program Residensi Rakyat (PRR) melibatkan pembinaan 100 unit rumah di Jempol dan 100 unit rumah di Port Dickson. Projek tersebut dilaksanakan sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi bersama pelbagai agensi banteras aktiviti pencurian elektrik di setinggan

SANDAKAN – Sabah Electricity menyertai operasi bersepadu berskala besar yang diketuai Suruhanjaya Tenaga Sabah pada 22 dan 23 April lalu di dua penempatan setinggan di daerah ini dalam usaha membanteras…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 penentu Malaysia jadi peneraju AI Asia Tenggara

Belanjawan 2027 penentu Malaysia jadi peneraju AI Asia Tenggara

Komitmen berterusan, Projek Residensi Rakyat libatkan 200 unit rumah diluluskan

Komitmen berterusan, Projek Residensi Rakyat libatkan 200 unit rumah diluluskan

Operasi bersama pelbagai agensi banteras aktiviti pencurian elektrik di setinggan

Operasi bersama pelbagai agensi banteras aktiviti pencurian elektrik di setinggan

Komited berkhidmat penuh keikhlasan, petugas kesihatan diakui galas amanah besar 

Komited berkhidmat penuh keikhlasan, petugas kesihatan diakui galas amanah besar 

Prihatin beban peniaga, kadar sewa premis dikurangkan 20 peratus

Prihatin beban peniaga, kadar sewa premis dikurangkan 20 peratus

Hospital Tawau mohon kesan waris, pesakit dirawat sejak April

Hospital Tawau mohon kesan waris, pesakit dirawat sejak April