Hizbullah lancar serangan balistik pertama ke arah Tel Aviv

BEIRUT – Hizbullah telah melancarkan serangan dron dan peluru berpandu balistik pertama yang menyasarkan ibu pejabat Kementerian Pertahanan Israel yang terletak di Tel Aviv pada Rabu, lapor Anadolu.

Hizbullah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka telah melancarkan skuadron dron berpandu yang canggih ke arah pangkalan Kirya di Tel Aviv dan mengenai sasarannya dengan tepat.

Menurut Hizbullah pangkalan Kirya menempatkan ibu pejabat Kementerian Pertahanan, staf am, pusat perintah perang, pihak berkuasa kawalan dan pengawasan tentera udara.

Kemudian menjelang malam, kumpulan itu dalam satu kenyataan lain berkata bahawa mereka melancarkan satu lagi serangan ke atas pangkalan Kirya di Israel menggunakan peluru berpandu balistik Qader 2, yang berjaya mengenai sasaran mereka dengan tepat.

Setakat ini, masa belum ada sebarang komen daripada pihak berkuasa Israel mengenai serangan tersebut.

Dalam serangan terbaharu, sekurang-kurangnya 78 orang terkorban, 122 yang lain mengalami kecederaan sekaligus menjadikan angka kematian di Lubnan telah meningkat kepada 3,365 kematian dan 14,344 kecederaan, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu.

Related Posts

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat