Hina sahabat Rasulullah perbuatan tidak beradab, ditegah dalam Islam – Zulkifli

PUTRAJAYA – Tindakan menghina dan mencaci sahabat Nabi Muhammad SAW bukan sekadar perbuatan tidak beradab, malah dikategorikan sebagai dosa besar yang ditegah keras dalam Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan, perkara itu berlandaskan firman Allah dalam Surah At-Tawbah ayat 100 yang mengangkat darjat para sahabat sebagai generasi terbaik yang mendapat pujian langsung daripada Allah SWT.

Menurut beliau, mencela golongan tersebut secara tidak langsung membawa maksud merendahkan martabat individu-individu yang berjuang menegakkan Islam bersama Rasulullah SAW dalam fasa paling getir sejarah agama itu.

“Mereka generasi terbaik, dipuji Allah. Mencaci mereka bererti menghina insan yang menegakkan Islam bersama Nabi,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Katanya, larangan itu diperkukuhkan lagi melalui hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim, yang jelas menggambarkan kedudukan tinggi para sahabat di sisi Rasulullah SAW.

“Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda, ‘Jangan kalian mencela para sahabatku.

“Jika salah seorang dari kalian menginfakkan emas sebanyak Bukit Uhud, ia tidak akan capai segantang infak yang dilakukan oleh para Sahabat. Bahkan tidak sampai separuh pun,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifli menegaskan bahawa menjaga lisan dan adab terhadap sahabat Nabi bukan sekadar tuntutan akhlak, tetapi sebahagian daripada prinsip akidah yang perlu dipelihara oleh setiap Muslim.

Sehubungan itu, beliau menyeru setiap Muslim agar tidak melakukan perkara yang mencemar kemuliaan para sahabat Rasulullah SAW sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada Islam

“Hormat dan sayangi para sahabat Rasulullah SAW selain menjauhi fitnah terhadap mereka. Pelihara lidah serta penulisan dari mencemarkan kemuliaan para sahabat Rasulullah,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Wan Muhammad Zawawi Salleh dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup yang keji sebelum memeluk Islam.

Antara lain beliau mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang ‘bapa ceti’ yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah, Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.

Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam ucapan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulamak Pas dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didakwa menghina sahabat Nabi.

Seorang pengguna Facebook, Azhar Abdullah, meminta agar laporan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan jabatan agama berkaitan supaya siasatan dapat dijalankan.

“Pas ini dah makin melampau sangat tunggang agama. Tidak boleh dibiarkan, satu laporan kepada MCMC, jabatan agama negeri berkaitan harus dibuat. Perlu ada penjelasan sebenar tentang sahabat supaya masyarakat tidak terpengaruh,” katanya Hasni Hamzah di Facebook.

“Sila buktikan hadis sahihnya wahai Zawawi. Kenyataan ni sudah keterlaluan. Minta JAKIM buat siasatan segera. Boleh didakwa sebab ini satu penghinaan besar terhadap para Sahabat Nabi Radhiyallahu Anhum,” luah Ahmad Farid.

“Pas ni tak habis habis dengan tunggang agama. Jangan macam ni Pas, kalau yer pun tiada pengaruh di kalangan rakyat, janganlah tunggang agama sehigga sanggup menghina sahabat Rasulullah,” kata Bahar Aris Dahlan.

Related Posts

Pemuda Pas Selangor saran Nik Zawawi bertaubat

PELBAGAI pihak tampil menegur Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, selepas tular video ceramahnya yang dikatakan membawa kisah tidak sahih dan menghina empat sahabat terdekat Nabi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MTEN: PM arah kementerian selaras bantuan golongan rentan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian menyelaras semula inisiatif, usaha dan bantuan supaya benar-benar sampai kepada kumpulan sasar, khususnya golongan miskin serta rentan yang terkesan akibat tekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Pas Selangor saran Nik Zawawi bertaubat

Pemuda Pas Selangor saran Nik Zawawi bertaubat

MTEN: PM arah kementerian selaras bantuan golongan rentan

MTEN: PM arah kementerian selaras bantuan golongan rentan

Tamadun itu roh, negara bangsa itu jasadnya – Raja Muda Perlis

Tamadun itu roh, negara bangsa itu jasadnya – Raja Muda Perlis

UMS, Fujifilm meterai kerjasama bangunkan pusat latihan endoskopi canggih di Sabah

UMS, Fujifilm meterai kerjasama bangunkan pusat latihan endoskopi canggih di Sabah

PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

KTC bina hab logistik RM150 juta di Sabah, buka lebih 500 peluang pekerjaan

KTC bina hab logistik RM150 juta di Sabah, buka lebih 500 peluang pekerjaan