Himpunan tangkap Azam Baki gagal, Rafizi sila bersara dari gelanggang politik

PUTRAJAYA – Kehadiran hambar dalam Himpunan Tangkap Azam Baki di ibu negara, Sabtu lalu yang menyaksikan hanya ratusan peserta terlibat, mencerminkan perubahan sentimen rakyat terhadap bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Aktivis politik, Faizan Mohd Nor berkata, situasi itu memberi isyarat bahawa sokongan terhadap Rafizi semakin merosot, khususnya persepsi negatif terhadap prestasinya ketika memegang jawatan dalam kerajaan.

Menurut beliau, perkembangan tersebut juga menunjukkan rakyat semakin menjauh dari corak permainan bekas Naib Presiden PKR itu sehimgga tidak lagi memberikan sokongan seperti sebelum ini.

“Walaupun perhimpunan itu yang dikaitkan dengan Rafizi didakwa melibatkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, jumlah kehadiran yang rendah menunjukkan ia gagal menarik sokongan seperti himpunan Reformasi dan Bersih sebelum ini.

“Maknanya, rakyat telah menolak Rafizi kerana beliau dilihat gagal dalam pelbagai aspek, termasuk tidak menunaikan janji manifesto dan kurang berkesan ketika memegang jawatan Menteri Ekonomi,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Sebelum ini, kira-kira 500 individu berkumpul di pusat bandar bagi menyertai perhimpunan berkaitan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang dikaitkan dengan Rafizi.

Perhimpunan ini merupakan tunjuk perasaan yang kedua diadakan tahun ini, susulan kontroversi mengenai pemilikan saham yang dikaitkan dengan Azam, serta dakwaan mengenai manipulasi pengambilalihan korporat yang dikaitkan dengan SPRM.

Dalam pada itu, Faizan bersama pengasas PKR, Ng Lum Yong serta puluhan peserta turut mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Rafizi bagi mendesak beliau bersara daripada politik.

Menurut beliau, kegagalan Rafizi menarik kehadiran besar seperti sebelum ini menunjukkan tokoh berkenaan tidak lagi relevan dalam arus politik semasa.

“Sosok Rafizi yang sangat terkenal gagal untuk menarik ribuan atau ratusan ribu peserta membuktikan dirinya tidak lagi relevan di kalangan rakyat.

“Sokongan terhadap Rafizi kini dilihat semakin terhakis termasuk dalam kalangan pengundi pelbagai kaum yang sebelum ini pernah memberi sokongan.

“Mungkin ada segelintir anak muda yang meminati beliau, tetapi golongan dewasa termasuk dari kaum Cina juga tidak lagi teruja untuk menyokongnya,” katanya

Related Posts

Ahmad Zahid tidak izinkan kerajaan ‘tebuk atap’ Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Presiden UMMO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak untuk menubuhkan kerajaan baharu ‘tebuk atap’, susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu menarik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran 16 DUN Pas cetus cabaran agihan kerusi dalam PN

MELAKA – Sasaran Pas Melaka untuk bertanding sehingga 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dilihat sebagai langkah signifikan yang mula mengubah dinamika agihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1 manfaatkan lebih 230,000 penduduk

  • By Ynom
  • April 30, 2026
Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1 manfaatkan lebih 230,000 penduduk

Madu kelulut pemuda Miri tembusi pasaran antarabangsa, raih pengiktirafan digital

Madu kelulut pemuda Miri tembusi pasaran antarabangsa, raih pengiktirafan digital

48 projek kesihatan Sabah digerakkan, fokus naik taraf fasiliti kritikal

48 projek kesihatan Sabah digerakkan, fokus naik taraf fasiliti kritikal