Hentikan perbalahan sesama umat Islam – Menteri Agama

SERDANG – Umat Islam diseru agar menghentikan perbalahan sesama sendiri, termasuk meniup sentimen kebencian atas nama agama dan berperang di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan, sikap sebegitu hanya merugikan masyarakat dan memecahbelahkan keluarga di samping umat Islam.

Katanya, perbuatan terbabit tidak membawa apa-apa kebaikan, sebaliknya hanya akan menggugat keharmonian di negara ini, yang baru saja menyambut Hari Kebangsaan ke-68.

“Cukup-cukuplah kita berbalah sesama sendiri, meniup sentimen kebencian atas nama agama, berperang di media sosial, mengapi-apikan berita fitnah sehingga memecahbelahkan keluarga dan masyarakat, akhirnya bak peribahasa ‘yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang’.

“Dengan penuh tekad keazaman, marilah bersama-sama memperkukuh penguasaan ilmu dan teknologi, merapatkan saf perpaduan, menjadi pendamai yang menyuburkan keharmonian, sekali gus membangunkan gagasan Malaysia MADANI.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kerjasama erat bersama pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri akan terus diperkasa untuk memastikan program penghayatan Islam benar-benar berkesan bagi menangani isu sosial dan kemasyarakatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan menjunjung kasih sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat kebangsaan 1447H/2025M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), pada Jumaat.

Majlis penuh bersejarah itu diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Turut hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan Kabinet.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, tema sambutan tahun ini, Membangun Ummah Madani, mencerminkan kesungguhan kerajaan membina perpaduan, memperkukuh penguasaan ilmu serta teknologi demi membangunkan gagasan Malaysia MADANI.

Beliau menegaskan, kelahiran Rasulullah SAW membawa rahmat dengan menyinari kegelapan, menyampaikan khabar gembira, mengangkat keadilan, menolak kezaliman dan membimbing manusia dengan ilmu serta akhlak yang mulia.

“Marilah bersama-sama kita berdoa agar negara Malaysia terus diberikan keselamatan dan kerahmatan oleh Allah Subhanahu Wataala serta menjadikan umat Nabi Muhammad yang mendapat syafaat Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan semangat yang sama kita terus bersatu hati mendoakan umat di Palestin diberikan kesejahteraan dan keselamatan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, agensi, petugas, sukarelawan serta semua pihak yang menjayakan sambutan tersebut dan berdoa agar Malaysia terus dilimpahi keselamatan dan kerahmatan.

Sambutan Maulidur Rasul 1447 kali ini mengangkat Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 1447.

Pengasas Kumpulan RHB itu membawa pulang wang RM50,000 trofi beserta sijil penghargaan.

Turut menerima anugerah Khairul Amin Kamarulzaman bagi kategori Anugerah Usahawan/Teknokrat Berjaya sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H, pelakon Angeline Tan pula menerima Anugerah Saudara Baru Cemerlang (Mualaf) sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H.

Dalam pada itu, Muhammad Usamah Zaid Yasin pula menerima Anugerah Pengkarya/Inovator Kreatif, Dayang Maisarrah Abang Abdul Razak (Anugerah Belia Harapan Maulidur Rasul 1447H), Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ismail Abdul Ghani (Anugerah Wira Negara Maulidur Rasul 1447H), dan Syeikh Wazir Che Awang menerima Anugerah Agamawan/Kepimpinan Dakwah Maulidur Rasul 1447H.

Related Posts

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina. Menurut MCMC, pihak berkuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah