Hayati sambutan Maal Hijrah sebagai permulaan hidup lebih diberkati

DATUK Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Maal Hijrah 1447H/2025M menjadi detik permulaan kepada kehidupan lebih diberkati dan bermakna.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, tahun baharu hijrah membawa seruan untuk membangunkan ummah MADANI yang sejahtera, inklusif, berakhlak dan berpaksikan nilai-nilai Islam.

“Hijrah bukan sekadar perpindahan tetapi satu proses pembaharuan. Ayuh kita terus melangkah ke hadapan dengan ilmu, integriti dan semangat kebersamaan,” kata beliau.

Perdana Menteri turut mengajak umat Islam menghayati ayat 218 dalam surah al-Baqarah.

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat menyempurnakan sambutan itu yang bertemakan ‘Membangun Ummah MADANI’.

Related Posts

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Oleh: Nazirul Haziq, Tengku Majid, Hafiq Hassan, Mohamad Fikri & Helda Julie MELAKA – Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertindak proaktif dalam melindungi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri