Hati-hati beli emas di media sosial agar tidak mudah ditipu

ALOR SETAR – Di sebalik keghairahan orang ramai membeli emas untuk simpanan, mereka dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan tertipu dengan membeli emas palsu terutama di media sosial.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, jualan emas di platform media sosial kini menjadi trend kerana masing-masing menawarkan harga istimewa untuk menarik minat pengguna.

Beliau berkata, pengguna perlu berhati-hati kerana pembelian di media sosial ini sangat mudah tetapi barangan kemas yang ditunjuk mungkin tidak sama dengan yang mereka akan dapat.

Katanya, banyak barangan kemas dijual sama ada di media sosial atau individu yang mendakwa ejen kedai emas namun dibimbangi emas berkenaan mungkin tiruan.

“Harga emas sekarang semakin meningkat dan orang ramai mengambil kesempatan membeli barangan kemas atau jongkong emas untuk simpanan mereka meskipun mahal.

“Namun dinasihatkan pengguna dapatkan pandangan mereka yang mahir sebelum membuat pembelian barang kemas di media sosial bagi memastikan ketulenannya.

“Bukan semua penjualan di media sosial itu tidak boleh, tetapi sebaiknya pergi terus ke kedai emas berkenaan untuk melihat sendiri barangan yang dijual kerana nilai emas kini sangat tinggi dan elak dari menjadi mangsa penipuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Yusrizal berkata, setakat ini hanya satu aduan diterima pihaknya di negeri ini berkaitan barang kemas yang dibeli pengguna mudah putus dan rosak.

Katanya, ia menimbulkan keraguan tahap ketulenan emas berkenaan dan diharap kejadian itu tidak akan berulang kembali.

Terdahulu media ada menyiarkan orang ramai mula membeli emas untuk simpanan walaupun harganya semakin meningkat sekali gus menyebabkan ada kedai emas di negeri ini kehabisan stok.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik