Hari Gawai lambang perpaduan, pendidikan jadi keutamaan – TYT Sarawak

KUCHING– Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan kepentingan pendidikan dan keselamatan jalan raya dalam perutusannya sempena Hari Gawai Dayak 2025.

Beliau menyeru ibu bapa agar terus menitikberatkan pendidikan anak-anak, terutama di kawasan pedalaman, selaras dengan usaha kerajaan melaksanakan lebih 200 projek pembinaan dan naik taraf sekolah daif di bawah PCDS 2030.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan rakyat agar memandu dengan berhemah semasa pulang ke kampung dan tidak menyalahgunakan Lebuhraya Pan Borneo sebagai litar lumba.

Beliau turut menghargai peranan NGO yang membantu komuniti Dayak dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pemuliharaan budaya.

“Hari Gawai bukan sekadar perayaan, tetapi lambang perpaduan dan warisan budaya yang perlu terus dipelihara,” katanya.

“Selamat Hari Gawai Dayak. Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua,” ucapan beliau.

Related Posts

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

KANGAR – Empat lelaki warga China direman sehingga 18 Mei ini selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kuala Perlis, kelmarin. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi