Hargai usaha kerajaan negeri bantu atasi kos sara hidup – Armizan

SANDAKAN – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan-kerajaan negeri yang turut melaksanakan program-program khas untuk membantu rakyat mengatasi kos sara hidup.

Beliau berkata, selain usaha di peringkat Kerajaan Persekutuan, program-program ini menjadi sokongan penting dalam meringankan beban masyarakat.

“Sebagai contoh program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, seperti program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR) oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

“Kedua-dua program ini memberikan bantuan tunai kepada penerima yang layak mulai tahun 2025,” katanya semasa ditemui media di Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah Madani dan Advokasi Kepenggunaan di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini akan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima menggantikan kaedah pemberian tunai dua kali setahun seperti sebelum ini.

Beliau berkata, bantuan yang diberikan adalah antara RM50 hingga RM200 sebulan mengikut kategori kelayakan penerima.

Katanya, bantuan ini boleh digunakan di pasar raya atau kedai runcit yang terlibat dalam pelaksanaan program tersebut.

“Bagi meningkatkan akses kepada penerima SARA untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan lebih mudah di kawasan berdekatan.

“KPDN akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MoF) untuk mengenal pasti lebih banyak premis yang boleh dilibatkan dalam pelaksanaan SARA.

“Fokus akan ditumpukan kepada kawasan luar bandar dan pedalaman dengan mengambil kira keadaan geografi dan tahap infrastruktur yang menyukarkan golongan sasar untuk membeli barangan keperluan di premis berdekatan,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew; Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, Shahril Nizam Shahidin; Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam dan Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran Perniagaan KPDN, Datuk Rohaizi Bahari.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen