Harga minyak mentah Brent diramal tidak terlalu terjejas

KUALA LUMPUR – Harga minyak mentah Brent dijangka stabil selepas lonjakan awal didorong faktor geopolitik, mengekalkan kadar inflasi Malaysia pada tahap sederhana antara 1.6 hingga 1.9 peratus.

Defisit fiskal tahun 2026 pula diunjurkan 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Apex Securities Bhd.

Menurut firma itu dalam nota penyelidikan, kesan inflasi dijangka kekal terhad dengan setiap kenaikan minyak mentah Brent AS$10 setong (bbl) dianggarkan meningkatkan inflasi keseluruhan sebanyak 0.1 mata peratusan, mengekalkan inflasi 2026 dalam julat 1.6 hingga 1.9 peratus.

Pasaran minyak kembali tenang selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pada Selasa bahawa pentadbirannya bercadang untuk memberikan jaminan insurans dan tentera laut AS sebagai pengiring untuk memastikan laluan selamat bagi kapal tangki minyak dan kapal lain melalui Selat Hormuz.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 2.15 peratus kepada AS$83.24 setong.

Menurut Apex, had harga bahan api RON95 sebanyak RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia yang layak akan terus mengehadkan pemindahan kesan kenaikan kos kepada harga domestik.

Dari perspektif fiskal, katanya harga minyak yang lebih tinggi akan meningkatkan hasil berkaitan petroleum tetapi turut menaikkan kos subsidi.

“Anggaran kami menunjukkan bahawa setiap kenaikan minyak mentah Brent AS$10/bbl meningkatkan hasil kerajaan kira-kira RM3 bilion selain menaikkan perbelanjaan subsidi bahan api sebanyak kira-kira RM3.5 bilion, membawa kepada hanya impak fiskal bersih yang sederhana.

“Secara keseluruhan, kami menjangka kerajaan akan kekal di landasan untuk mencapai sasaran defisit fiskal 2026 sebanyak 3.5 peratus daripada KDNK,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Menurut Apex, walaupun berdepan ketegangan geopolitik, permintaan berterusan untuk produk elektronik dan elektrik dalam fasa pertumbuhan teknologi yang dipacu kecerdasan buatan akan terus menyokong pertumbuhan luaran.

Pada peringkat domestik, Apex mengekalkan unjuran KDNK 2026 pada 4.7 peratus, menurun daripada 5.3 peratus pada 2025, disokong oleh ketibaan pelancong yang tinggi di bawah Tahun Melawat Malaysia 2026, sokongan dasar berterusan untuk isi rumah berpendapatan rendah dan pelaburan yang kukuh didorong oleh pengembangan pusat data yang berterusan.

Related Posts

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

MIRI – Usaha sedang giat dilaksanakan bagi mewujudkan perkhidmatan bas terus yang menghubungkan Miri dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (BWN) dalam usaha memperkukuh sektor pelancongan serta meningkatkan kemudahan pengangkutan rentas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

KOTA KINABALU – Sabah melangkah lebih dekat ke era digital penuh apabila CTS Horizon Sdn. Bhd. menyatakan komitmen mereka untuk memperkukuh infrastruktur telekomunikasi dan keterhubungan negeri ini. Timbalan Ketua Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak

Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak