Harga getah kian tinggi, ada pihak meroyan?

KETIKA perhatian kita terarah kepada sambutan kemerdekaan, senyap-senyap berlaku kenaikan harga getah.

Yang menariknya, kenaikan itu berlaku dari masa ke masa dan kini berada pada paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Senarai terkini harga komoditi itu boleh dirujuk melalui laman sesawang agensi yang berkaitan dengan industri tersebut.

Perkembangan seumpama ini dengan sangat bagus dan memberi manfaat kepada 200,000 orang pekebun getah.

Percaya atau tidak, hakikatnya hal sedemikian hanya mampu dilakukan melalui tadbir urus atau tatakelola yang baik oleh pihak berkuasa.

Perkara ini sebenarnya selalu ditekankan oleh Perdana Menteri sekarang dan menjadi tunjang kekuatan kerajaan.

Terbuktilah bahawa Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) yang memimpin Kerajaan Perpaduan melalui semangat dan roh Malaysia Madani sentiasa komited membantu rakyat.

Hakikat itu juga sekali gus menidakkan fitnah dan dakyah yang sentiasa dilemparkan dan disuarakan oleh ‘tangan serta mulut manusia yang tidak berakhlak’.

Fitnah sebegitu dijaja oleh pembenci Kerajaan Perpaduan.

Mereka menyebarkan propaganda kononnya rakyat semakin susah.

Yang susah itu memanglah ada tetapi siapakah mereka?

Mereka itu pihak ‘sebelah sana’ yang hidup bagaikan cacing kepanasan kerana tidak lagi berpeluang menyakau harta negara.

Ringkasnya, kita tumpang gembira apabila pekebun dan penoreh getah dapat menikmati peningkatan pendapatan.

Oleh sebab itu, diharapkan.mereka terus menyokong usaha PMX dan Kerajaan Perpaduan.

Semua ini, insya-Allah, akan menjadi lebih baik dan turut dinikmati rakyat yang bekerja dalam bidang-bidang lain.

Didoakan Allah SWT memberkati kehidupan kita.

Related Posts

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

BERDASARKAN laporan global, ketika ini dunia masih bergelut dengan krisis tenaga global, ketidaktentuan geopolitik dan pertumbuhan ekonomi yang kekal perlahan. Namun Malaysia di bawah pimpinan Anwar Ibrahim memilih pendekatan berbeza.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO