Hanya peminjam berpendapatan tinggi, culas disekat PTPTN

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam berpendapatan tinggi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.

Langkah itu tidak melibatkan graduan yang baru tamat pengajian atau golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau menegaskan sekatan perjalanan itu hanya dikenakan kepada peminjam yang menepati beberapa kriteria tertentu dan benar-benar culas membayar balik pinjaman.

“Hanya peminjam berpendapatan tinggi atau mencukupi yang benar-benar culas dan menepati beberapa kriteria tertentu sahaja akan dikenakan sekatan perjalanan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Adam Adli menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai langkah kementerian membantu graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap tetapi disenarai hitam untuk ke luar negara kerana gagal menjelaskan tunggakan PTPTN.

Beliau berkata, setakat ini, kira-kira 0.7 peratus daripada keseluruhan peminjam yang culas disenaraikan untuk tindakan sekatan berkenaan.

Timbalan Menteri itu turut menjelaskan ,bagi meringankan beban graduan, tempoh penangguhan bayaran balik selama 12 bulan selepas tamat pengajian dikekalkan supaya mereka berpeluang memperoleh pekerjaan dan pendapatan stabil terlebih dahulu.

Selain itu, katanya, peminjam yang tidak berkemampuan dibenarkan membuat penstrukturan semula bayaran mengikut kemampuan kewangan sehingga umur 60 tahun.

Adam Adli menambah setakat ini, sejumlah RM77.5 bilion pinjaman telah dikeluarkan bagi membantu lebih 4.26 juta pelajar di seluruh negara.

Related Posts

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz